Sinar Harian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Julai 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.
Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Cakna & Dinamik". "Cakna" merupakan dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud ambil tahu atau prihatin. Akhbar ini mempunyai 48 halaman dan berharga "samah" atau 50 sen sahaja di awal keluarannya. Namun kini ia berharga 70 sen. Ia menyajikan berita-berita semasa daerah-daerah di Kelantan dan Terengganu di samping berita nasional (sebagai berita kedua). Ia juga memaparkan berita sukan, maklumat pelancongan, wanita dan berita luar negara.
Ia dicetak dan diterbitkan oleh Akhbar Cabaran Sdn Bhd yang berpengkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Akhbar-akhbar Utama Malaysia | |
---|---|
Nasional | Berita Harian * Berita Minggu * Harian Metro * Metro Ahad * Utusan Malaysia * Mingguan Malaysia |
Semenanjung / Malaysia Barat | Harakah * Kosmo * Matahari * Melaka Hari Ini * Mingguan Wasilah * Sinar Harian * Kosmo Ahad* The Star * The New Straits Times* Sin Chew Daily * The Sun, Malaysia |
Malaysia Timur | Berita Petang Sarawak * Utusan Sarawak |