USS Idaho (BB-42)
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
USS Idaho (BB-42) | |
---|---|
USS Idaho membedil Okinawa, Jepun in 1945 |
|
Kerjaya | |
Mula dibina | 5 April 1915 |
Dilancarkan | 30 Jun 1917 |
Ditauliahkan | 24 March 1919 |
Dibersarakan | 3 Julai 1946 |
Nasib | Dijual sebagai besi buruk |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran | 32,000 tan |
Panjang | 624 kaki |
Pelancar | {{{Pelancar}}} |
Kedalaman | 30 kaki |
Kelajuan | 21 knot |
Ahli kapal | 1,081 pegawai dan kakitangan |
Persenjataan | 12 meriam 14-inci, 14 meriam lima-inci, empat meriam tiga-inci, dua tiub torpedo 21-inci |
USS Idaho (BB-42), kapal tempur kelas New Mexico, merupakan kapal perang tentera laut Amerika Syarikat yang ke empat dinamakan sempena negeri ke-43. Lunas kapalnya dibina oleh New York Shipbuilding Corporation dari Camden, New Jersey. Pelancarannya pada 30 Jun 1917 telah ditaja oleh Cik H.A. Limons, cucu kepada Gabenor Idaho, dan ditauliah pada 24 Mac 1919 di bawah pimpinan Kapten C.T. Vogelgesang.
Idaho keluar dari Teluk Guantonamo pada 13 April untuk latihan percubaan, dan selepas kepulangannya ke New York City, menyambut Presiden Brazil, Epitácio Pessoa, untuk pelayaran ke Rio de Janeiro. Bertolak pada 6 Julai dengan kapal pengiringnya, Idaho tiba di Rio pada 17 Julai 1919. Dari Rio, kapal itu menuju ke Terusan Panama dan tiba di Monterey, California pada bulan September untuk menyertai Angkatan Laut Pasifik. Idaho telah menyertai kapal-kapal dreadnought yang lain dalam latihan serta upacara pemeriksaan,termasuk Upacara Pemeriksaan Angkatan oleh Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat pada 13 September 1919. Pada tahun 1920, kapal tersebut telah membawa Josephus Daniels, Setiausaha Tentera Laut serta Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri (sama ada Franklin K. Lane ataupun John B. Payne) untuk lawatan pemeriksaan Alaska.
Sekembalinya dari Alaska pada 22 Julai 1920, Idaho telah menyertai latihan angkatan laut di pesisir pantai California dan jauh ke selatan hingga ke Chile. Kapal 'Idaho meneruskan latihan penting ini hingga 1925, di mana ia mengambil bahagian dalam pelbagai upacara di pantai Barat Amerika Syarikat dalam tempoh terebut. Kapal tersebut juga mengambil bahagian Upacara Pemeriksaan Angkatan Laut yang dihadiri oleh Presiden Warren Harding di Seattle sejurus sebelum kematiannya pada tahun 1923. Ia belayar menuju Hawaii pada 15 April 1925, turut serta dalam latihan perang sehingga 1 Julai dan seterusnya belayar ke Samoa, Australia dan New Zealand. Pada pelayaran pulang, Idaho telah membawa pulang bersama-samanya Komander John Rodgers dan krew pesawat laut Rodgers yang gagal dalam cubaan mereka untuk terbang ke Hawaii. Kapal tersebut tiba di San Francisco, California pada 24 September 1925.
Untuk enam tahun seterusnya Idaho beroperasi dari San Pedro, California, dalam latihan dan operasi kesediaan di pesisir pantai California dan di Laut Caribbean. Ia belayar dari San Pedro pada 7 September 1931 ke Pantai Timur Amerika Syarikat dan tiba di Limbungan Tentera Laut Norfolk pada 30 September untuk kerja-kerja menaik taraf. Kapal perang tersebut telah dilengkapi dengan perisai dan jentera yang lebih bagus, pertahanan anti-kapal selam "blister", dan tiang layar kaki tiga semasa proses naik taraf ini, secara langsung menambahkan perkhidmatan kapal tersebut selama beberapa tahun. Selepas kerja-kerja naik taraf disiapkan pada 9 Oktober 1934, ia menjalani pelayaran ujian di Caribbean sebelum kembali ke pangkalan asalnya, San Pedro, pada 17 April 1935.
Ketika awan perperangan berkumpul di Pasifik, angkatan kapal meningkatkan operasi latihannya. Idaho melaksanakan taktik pasukan dan latihan tembakannya secara tetap sehingga tiba dengan pasukan tempur di Pearl Harbor pada 1 Julai 1940. Kapal ini berlayar ke Hampton Roads pada 6 Jun 1941 untuk melaksanakan rondaan berkecuali Atlantik, bahagian penting polisi U.S. pada awal pertempuran di Europah. Ia bergerak ke Iceland pada September untuk melindungi pengkalan hadapan American dan dan ditempatkan di Hvalfjordur apabila Jepun menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 meletakkan Amerika dalam perperangan.
Idaho dan kapal saudaranya, Mississippi berlepas dari Iceland dua hari selepas Pearl Harbor untuk menyertai Armada Pasifik, dan tiba di San Francisco, California, melalui Norfolk, Virginia, dan Terusan Panama, pada 31 Januari 1942. Ia menjalani latihan tempur di perairan California dan di luar Pearl Harbor sehingga Oktober 1942, apabila ia memasuki Limbungan Tentera Laut Puget Sound untuk diganti meriam. Selepas siap, Idaho sekali lagi menyertai latihan tempur, dan berlayar pada 7 April 1943 bagi beroperasi di Kepulauan Aleutian yang suram. Di sana ia merupakan kapal pemerintah bagi pasukan pengeboman dan rondaan sekitar Attu, di mana ia memberikan sokongan kuasa tembak pada pendaratan Tentera Amerika Syarikatpada 11 May 1943. Pada bulan berikutnya ia tertumpu di Kiska, berakhir dengan serangan pada 15 Ogos. Tentera Jepun di dapati berundur dari pulau tersebut pada akhir Julai, dengan itu meninggalkan kedudukan terakhir emreka di Aleutians.
Idaho kembali ke San Francisco pada 7 September 1943 untuk bersedia bagi menyerang Kepulauan Gilbert. Bergerak ke Pearl Harbor, ia menyertai armada serangan pada 10 November dan tiba di pulau terumbu Makin pada 20 November. Ia menyokong penyerang di darat dengan sokongan tembakan dan anti pesawat, kekal di Gilberts sebelum belayar ke Pearl Harbor pada 5 Disember 1943.