Wahyu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Wahyu ialah perintah atau kata-kata Allah (Kalamu Llah, كلام الله) SWT yang disampaikan kepada para rasul-Nya.
Nabi Muhammad sebagai salah seorang rasul (pesuruh) Allah Taala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW ialah Surah Al-‘Alaq {سورة العلق} ayat 1-5:
أقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق . اقرأ وربك الأكرم . الذي علم بالقلم . علم الإنسان مالم يعلم
[sunting] Cara Penurunan Wahyu
Terdapat beberapa cara wahyu diturunkan iaitu:
- Seperti dengungan loceng.
- Malaikat menyerupai seorang lelaki dan bercakap.
- Secara terus daripada Allah.
- Mimpi yang benar.
Aisyah meriwayatkan bahawa:
أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي، وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُول". قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ، وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.
Al-Haris bin Hisyam telah bertanya kepada Rasula Llah, dan dia berkata: Ya Rasula Llah, bagaimana wahyu mendatangi kamu?. Maka berkata Rasulu Llah: «Kadangkala ia mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka ia pun terputus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala satu mala’ikat menyerupakan untuk saya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan». Berkata `A’isyah: Dan sesungguhnya saya telah melihatnya, turun ke atasnya wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahinya benar-benar mengalirkan peluh. [Al-Bukhariy/ 2]
[sunting] Perkataan Wahyu Dalam Al-Qur'an
Dalam Al-Qur'an, perkataan wahyu digunakan dalam beberapa tempat untuk menunjukkan maksud perintah. Ia juga digunakan untuk haiwan (lebah), bumi dan langit.
- Perintah kepada lebah
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepada lebah agar kamu mengambil daripada gunung sebagai rumah, dan daripada pokok dan daripada apa yang mereka bina [An-Nahl: 68]
- Perintah kepada bumi
وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا. وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا
Dan bumi mengeluarkan muatannya. Dan manusia berkata, "Kenapa dengannya?". Pada hari itu, ia menceritakan perkhabarannya. Bahawa Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepadanya.[Az-Zalzalah: 2-5]
- Perintah kepada langit
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا
Maka Dia telah menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia telah mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.[Fussilat: 12]