Wilayah Persekutuan Labuan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Labuan لابوان |
|||
|
|||
Koordinat: 5° 19′13.16″N, 115° 12′40.42″E | |||
---|---|---|---|
Negara | Malaysia | ||
Wilayah | Wilayah Persekutuan | ||
Disatukan bersama Wilayah Persekutuan | 16 April 1984 | ||
Ditadbir oleh | Perbadanan Labuan | ||
Pengerusi | Datuk Suhaili Abdul Rahman | ||
Keluasan | |||
Bandar | {{{area_total_km2}}} km² | ||
Penduduk | |||
Bandar (2000) | 78000 | ||
Lain-lain | |||
Zon masa | MST (UTC+8) | ||
- Musim panas (DST) | Tidak diperhatikan (UTC) | ||
|
|||
Laman web: http://www.pl.gov.my/ |
Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai ( offshore financial centre ) dan pelabuhan bebas cukai. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".
Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
- Rencana utama: Sejarah Labuan
Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum bissya ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.
Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (Peace Park iaitu tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun dan Taman Burung Eksotik.
Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.
[sunting] Politik
[sunting] Daerah
Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 6 daerah :-
- Batu Arang
- Batu Manikar
- Labuan
- Layang-Layang
- Lebok Temiang
- Ranca-Ranca
[sunting] Geografi
[sunting] Ekonomi
[sunting] Demografi
[sunting] Budaya
[sunting] Pelancongan
- Rencana utama: Pelancongan di Labuan
[sunting] Lihat juga
- Perhubungan di Labuan
- Pelancongan di Labuan
- Pengangkutan di Labuan
- Identiti Labuan
[sunting] Pautan luar
Kerajaan
- Labuan Corporation
- State Development Office
- Labuan Tourism
- Labuan Maps
- Labuan FM - Suara Pesisir Anda
Komuniti
Hiburan
Perbankan
Unit Amanah
|
|
---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan Labuan | Wilayah Persekutuan Putrajaya |
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |