Ōmaeda Marechiyo
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ōmaeda Marechiyo (大前田 希千代) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan Bahagian ke-2 di bawah Kaptan Soifon.
[Sunting] Watak dan Perwatakan
Marechiyo ialah seorang lelaki berbadan besar dan mempunyai mulut yang lebar. Dia juga nampaknya agak lembab dan suka bermegah. Kemahirannya sebagai shinigami tidak diketahui dan terpadapt spekulasi bahawa dia berjaya menduduki jawatan leftenan kerana status keluarganya. Dia juga seorang yang berhati tikus. Dalam babak Bount, selepas Koga Gou menewaskan sebahagian besar pasukannya, dia cuba mencari bantuan dan bukannya berhadapan dengan Bount tersebut. Apabila dia menyerang, dia menghayunkan pedangnya secara melulu ke arah doll Koga, Dalk.
Marechiyo suka makan keropok beras goreng (油せんべい, abura senbei) di mana-mana. Kaptannya pernah membelasah Marechiyo apabila serdak keropok jatuh ke rambutnya.
[Sunting] Sejarah
Marechiyo berasal dari sebuah keluarga berada. Seperti keluarga-keluarga kaya lain, dia mempunyai nama yang sangat panjang iaitu Marechiyo Yoshiayamenosuke Nikkōtarōemon Ōmaeda. Tetapi, tiada orang yang mahu menggunakan nama tersebut.
Ayahnya bernama Marenoshin manakal ibunya dipanggil Mareka. Kakak, adik lelaki dan adik perempuannya masing-masing dipanggil Maremi, Marejirōsaburō dan Mareyo. Kecuali adik perempuannya, semua ahli keluarga Marechiyo kelihatan sepertinya.