Afrikaner
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kaum Afrikaner adalah kaum kerabat peneroka-peneroka Belanda dan Perancis Huguenots yang menduduki kawasan di selatan Afrika. Mereka juga dikenali sebagai Boer yang bermaksud "petani" dalam bahasa Afrikaans. Pada awal 1800, penduduk Afrikaner telah dihalau oleh peneroka British ke kawasan pendalaman. Migrasi ke kawasan pendalaman ini di panggil groot trek (penjelajahan besar-besaran dalam bahasa Afrikaans) dan kumpulan yang bermigrasi ini dikenali sebagai voortrekkers iaitu penjelajah berbangsa Boer. Oleh sebab mereka terpisah dari pengaruh Eropah, kumpulan ini mengadaptasikan unsur-unsur Afrika dan membangunkan budaya serta bahasa mereka (iaitu bahasa Afrikaans) yang tersendiri.
Kerajaan Afrikaner yang pertama dipanggil Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan yang terletak di negeri Transvaal dan ibu negaranya adalah Pretoria. Namun selepas peperangan dengan British, republik ini dibubarkan secara rasmi pada 1900. Bangsa Afrikaner kini dipanggil puak kulit putih di benua Afrika.