Ahmad Nazri Abdullah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ahmad Nazri Abdullah merupakan penulis dan bekas ketua pengarang Berita Harian. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah.
Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Gerigis , Sekolah Menengah Datuk Syed Omar dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Alor Setar, Kedah.
Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada 1972 dan kemudian bertugas sebagai pengajar di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Sambil bertugas beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana bidang sejarah ekonomi di Universiti Malaya.
Tesis beliau tentang Tanah Simpanan Melayu telah dibukukan .Bukunya bertajuk Melayu dan Tanah : Tumpuan Khusus Kepada Tanah Simpanan Melayu diterbitkan oleh Media Intelek Sdn Bhd , 1985.
Tahun 1981 Ahmad Nazri Abdullah menjadi wartawan akhbar Berita Harian.Kedah