Atilla
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Attila the Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406–453) merupakan raja Huns terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empayar terbesar di Eropah ketika itu, bermula dari tahun 434 sehingga kematiannya. Empayarnya mengunjur dari Eropah tengah ke Laut Hitam dan dari sungai Danube ke Laut Baltic. Semasa pemerintahannya dia merupakan musuh ketat bagi Empire Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan bertindak dengan mengepong Constantinople dalam pencerobohan kedua. Dia memasuki Perancis sejauh Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja barat Valentinian III daripada ibunegerinya di Ravenna pada tahun 452.
Walaupun empayarnya berkubur dengan kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia kekal sebagai lagenda dalam sejarah Eropah. Di kebanyakan Eropah Barat, dia diingati sebagai lambang (epitome) kerakusan dan kekejaman. Sesetengah sejarawan menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan, dan dia memainkan peranan penting sebagai salah satu dalam tiga saga Norse.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Latar belakang
- Rencana utama: Huns
Huns Europah kemungkinannya merupakan perkembangan Xiongnu (Xiōngnú), (匈奴) n. kearah barat, sekumpulan proto-Mongolian atau proto-Turki kaum nomad dari timur laut China dan Asia Tengah. Mereka mencapai kelebihan ketenteraan menumpaskan musuh mereka (kebanyakannya bertamadun dan mempunyai kebudayaan tinggi) melalui kesediaan untuk bertempur, kemampuan untuk bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan, dan senjata seperti busar Hun.
[Sunting] Perkongsian raja
Menjelang 432, Huns bersatu di bawah were Rua. Pada tahun 434 Rua meninggal, meninggalkan anak saudaranya Attila dan Bleda, anak kepada saudara lelakinya Mundzuk, mengawal persekutuan suku-kaum Hun. Pada ketika penabalan mereka, kaum Huns sedang berunding dengan wakil Theodosius II mengenai pemulangan beberapa kaum yang berpaling tadah yang mencari perlindungan di Empire Byzantine.
Pada tahun berikutnya, Attila dan Bleda bertemu dengan wakil imperial (imperial legation) di Margus (masa kini Požarevac) dan, kesemua mereka duduk dibelakang kuda menurut adat kaum Hun, berunding perjanjian yang berjaya: orang Rom bersetuju untuk memulangkan kaum pelarian (yang merupakan bantuan diperlukan bagi menentang Vandals), tetapi juga menganda hantaran 350 paun Rom (sekitar. 114.5 kg) emas dahulu, membuka pasar mereka kepada pedagang Hun, dan membayar tebusan lapan siling solidus bagi setiap orang tahanan Rom yang ada pada puak Huns. Puak Huns, berpuas hati dengan perjanjian tersebut, beredar dari empayar dan bergerak ketengah benua, kemungkinannya untuk mengukuh dan mengemas empayar mereka. Theodosius menggunakan peluang ini bagi mengukuhkan dinding Constantinople, membina dinding laut bandar Constantinople yang pertama, dan membina pertahanan sempadan sepanjang Danube.
Berpuas hati buat seketika, raja-raja Hun kings berundur kependalaman empayar mereka. Menurut Jordanes (menurut Priscus), tidak lama semasa keamanan selepas pengunduran Huns daripada Byzantium (kemungkinannya sekitar 445), Bleda mmeninggal, dan Attila menduduki takhta seorang diri. Terdapat perdebatan dikalangan pakar sejarah mengenai samaada Attila membunuh saudaranya, atau samaada Bleda meninggal disebabkan sebab lain. Dalam sebarang kes, Attila sekarang merupakan ketua yang tidak dipertikaikan bagi puah Huns, dan sekali lagi memberi perhatiannya kepada bahagian timur Empayarnya.
[Sunting] Pemerintah tunggal
Constantinople menghadapi bencana alam dan bencana perbuatan manusia utama dalam tahun-tahun berikut selepas pemergian Huns: rusuhan berdarah antara puak pelumba bagi Hippodrome; wabak pada tahun 445 dan 446, yang kedua berlaku selepas kebuluran; dan gempa bumi yang berturut-turut selama 4 bulan yang meruntuhkan kebanyakan dinding pertahanan dan membunuh beribu-ribu orang, menyebabkan epidemik. Yang terakhir berlaku pada tahun 447, sejurus selepas Attila, mengukuhkan kuasanya, sekali lagi menunggang keselatan ke empayar menerusi Moesia. Tentera Rom, bawah pimpinan Gothik magister militum Arnegisclus, berhadapan dengannya di sungai Vid dan dikalahkan—tetapi berjaya mengakibatkan kerugian teruk. Puak Huns bebas tanpa tentangan dan merompak seluruh Balkans sejauh Thermopylae; Constantinople sendiri diselamatkan dengan campur tangan prefect Flavius Constantinus, yang mengatur warganegaranya untuk membaiki dinding yang dirosakkan oleh gempa bumi (dan di sesetengah bahagian, untuk membina dinding pertahanan baru di hadapan dinding lama). Keterangan mengenai pencerobohan ini terselamat:
- Negara liar (barbarian) Huns, yang berada di Thrace, menjadi begitu kukuh sehinggakan lebih seratus bandar ditawan dan Constantinople hampir terjerumus dalam kecelakaan dan ramai yang lari darinya. . . . Dan terdapat begitu banyak pembunuhan dan pertumpahan darah sehingga mereka yang terkorban tidak terkira. Sungguhnya, kerana mereka menawan gereja dan (monasteries) dan membunuh (monks) dan perawan dalam jumlah yang besar.
Attila meminta, sebagai syarat perdamaian, bahawa pihak Rom terus membayar hantaran dalam bentuk emas—dan meninggalkan jalur tanah sepanjang tiga ratus batu di barat Sigindunum (Belgrade) dan sehingga seratus batu selatan Danube. Perbincangan berterusan antara Rom dan Hun untuk selama tiga tahun. Sejarahwan Priscus di hantar sebagai wakil ke perkhemahan Attila pada tahun 448, dan serpihan lapurannya dikekalkan oleh Jordanes memberikan sekilas pandang mengenai Attila antara isteri-isterinya yang ramai, pelawak Scythian, dan badut Moor, impassive and unadorned amid the splendor of the courtiers:
- Hidangan mewah, dihidangkan dalam pinggan perak, disediakan untuk kami dan para jemputan gasar, tetapi Attila tidak makan selain daging atas bekas kayu (trencher). Dalam semua hal, dia terbukti serdahana; cawannya dari kayu, sementara para hadiran diberikan gelas berkaki (goblets) emas dan perak. Pakaiannya, juga, ringkas, hanya memerlukan yang bersih. Pedang yang dibawanya dipinggannya, ikatan pada kasut Scythiannya, tali kelangkang kudanya tidak dihias, seperti Scythians lain, dengan emas permata atau barangan berharga.
"Lantai bilik dihampar dengan hamparan bulu untuk dipijak," tulis Priscus.
Semasa tiga tahun itu, menurut lagenda ditulis oleh Jordanes, Attila mendapat "Pedang Marikh (Sword of Mars)":
- Sejarahwan Priscus mengatakan ia dijumpai dalam keadaan berikut: "Apabila pengembala tertentu melihat salah seekor anak lembu (heifer) dalam kawanannya tempang dan tidak dapat mencari punca luka ini, dia dengan resah mengikut jejak darah dan akhirnya dia berjumpa dengan pedang yang terpijak ketika meragut rumput. Penggembala tersebut menggali dan membawanya terus kepada Attila. Attila amat gembira dengan hadiah ini, dan bercita-cita tinggi, memikirkan dia telah dipilih sebagai pemerintah dunia, dan dengan pedang Marikh kejayaannya dalam segala pertempuran sudah terjamin.
- — Jordanes, The Origin and Deeds of the Goths ch. V (e-text)
Parah sejarahwan yang terkemudian mengenalpasti lagenda ini sebagai pola penyembahan pedang yang biasa dikalangan kaum nomad di kawasan steppes Asia Tengah.
[Sunting] Attila di barat
Sehingga akhir 450, Attila telah mengumumkan niatnya untuk menyerang kerajaan Visigoth di Toulouse yang berkuasa dengan persekutuan dengan Maharaja Valentinian III. Dia sebelumnya berada dalam perhubungan baik dengan Empayar barat dab pemerintah (de facto) mutlaknya Flavius Aetius—Aetius telah menghabiskan buangan sementara dikalangan Huns pada tahun 433, dan tentera yang dibekalkan oleh Attila bagi menentang Goths dan Bagaudae telah mendapatkan baginya gelaran kehormat magister militum di barat. Hadiah dan usaha diplomatik oleh Geiseric, yang menentang dan takutkan Visigoths, mungkin juga mempengaruhi rancangan Attila.
Bagaimanapun saudara perempuan Valentinian, Honoria, dalam usaha mengelakkan pertunangan paksa dengan seorang senator, telah menghantar utusan —dan cincinnya&mdash bagi merayu bantuan daripada raja Hun; pada musim bunga 450. Walaupun Honoria mungkin tidak bermaksud lamaran untuk perkahwinan, Attila memilih untuk mentafsir perutusannya sebegitu; dia menerima, meminta separuh daripada Empayar barat sebagai mas kahwin (dowry). Apabila Valentinian mengetahui rancangan tersebut, hanya pengaruh ibunya Galla Placidia menyakinkannya untuk menyingkir, bukannya membunuh, Honoria; dia juga menulis surat kepada Attila membantah dengan tegas mengenai sahnya cadangan perkahwinan itu. Attila, tidak yakin, menghantar perwakilan ke Ravenna untuk mengumumkan Honoria tidak bersalah, dan lamaran tersebut adalah sah, dan dia akan datang untuk mendapatkan apa yang kepunyannya.
Sementara itu, Theodosius meninggal dalam kejadian menunggang, penggantinya Marcian membatalkan hantaran Hunspada akhir 450; dan pencerobohan berulang, oleh Huns dan yang lain, meninggalkan Balkans tiada apa untuk dirompak. Raja Salian Franks telah meninggal, dan perebutan takhta antara diua anaknya menimbulkan jurang antara Attila dan Aetius: Attila menyokong anak sulong, sementara Aetius menyokong siadik1. J.B. Bury percaya bahawa tujuan Attila, ketika dia bergerak ke arah barat, adalah untuk mengembangkan empayarnya—yang sudahpun merupakan paling kuat di benua—menyeberang Gaul ke persisiran Lautan Atlantik2. Pada masa Attila mengumpulkan penyokong-penyokongnya—Gepids, Ostrogoths, Rugians, Scirians, Heruls, Thuringians, Alans, Burgundians, dll. al.—dan mula bergerak ke barat, dia telahpun mengistiharkan niatnya untuk mendirikan perikatan dengan kedua-dua Visigoths dan dan Rom.
Pada tahun 451, dia tiba di Belgica dengan tentera yang dilapurkan oleh Jordanes sebagai berjumlah setengah juta dan menunjukkan hasrat sebenarnya. Pada 7 April, dia menawan Metz, dan Aetius bergerak untuk menghalangnya, mengumpul tentera dikalangan puak Franks, Burgundians, dan Celts. Misi oleh Avitus, dan pergerakan berterusan Attila kearah barat, menyakinkan raja Visigoth, Theodoric I (Theodorid) untuk bersekutu dengan Rom. Gabungan kedua tentera sampai di Orleans sebelum Attila3, dengan itu menghalang dan mengundurkan kemaraan orang-orang Hun. Aetius mengejar dan bertembung dengan puak Hun ditempat yang biasanya dijangkakan berhampiran dengan Châlons-en-Champagne. Kedua tentera bertempur dalam Pertempuran Chalons, yang berakhir dengan kemenangan bagi perikatan Gothic-Roman, walaupun Theodoric terbunuh dalam pertempuran. Attila berundur dibelakang sempadan, dan persekutuan itu dengan cepatnya bubar.
[Sunting] Penjajahan Itali dan kematiannya
Attila kembali pada tahun 452 untuk menuntut kembali perkahwinan Honoria, menjajah dan memusnahkan Itali sepanjang jalan; tenteranya merompak banyak bandar dan meratakan Aquileia sepenuhnya, tidak meninggalkan apa-apa kesan yang tinggal. Valentinian berundur dari Ravenna ke Rome; Aetius kekal di lapangan tetapi tiada kekuatan untuk bertempur. Attila akhirnya berhenti di Po, di mana dia bertemu dengan duta termasuk (prefect) Trigetius, consul Aviennus, dan Pope Leo I. Selepas perjumpaan tersebut mengundurkan tenteranya kembali, tanpa menuntut samaada perkahwinan Honoria maupun jajahan yang diingininya.
Beberapa penjelasan mengenai tindakannya telah diajukan. Wabak dan kebuluran yang serentak dengan penjajahannya mungkin melemahkan tenteranya, atau tentera yang dihantar Marcian menyeberangi sungai Danube mungkin memberikannya sebab untuk berundur, atau mungkin kedua-duanya. Priscus melapurkan bahawa bimbang dengan kepercayaan karut mengenai nasib yang menimpa Alaric—yang mati tidak lama selepas merompak Rom pada tahun 410—menyebabkan raja Hun was-was.
Walau apapun sebabnya, Attila meninggalkan Itali dan kembali ke istananya diseberang Danube. Di sana dia merancang untuk menyerang Constantinople sekali lagi dan menuntuk hantaran yang dibatalkan oleh Marcian. Bagaimanapun, dia mati pada awal 453; maklumat semasa (conventional account), dari Priscus, menyatakan bahawa pada malam semasa menyambut perkahwinan terbarunya (dengan Goth bernama Ildico), dia mendapat pendarahan hidung yang teruk dan sesak sehingga mati. Pahlawannya, apabila menyedari kematiannya, meratapinya dengan memotong rambut mereka dan mengelar diri mereka dengan pedang agar, menurut Jordanes, "pahlawan teragung tidak sepatutnya diratapi dengan ratapan wanita dan air mata, tetapi dengan darah lelaki." Atilla dikebumikan dalam keranda tiga lapis —dari emas, perak, dan besi—dengan rampasan perang, dan ahli pengkebumiannya dibunuh untuk merahsiakan tempat penkebumiannya. Selepas kematiannya, dia kekal sebagai watak lagenda: watak Etzel dalam Nibelungenlied dan Atli dalam kedua saga Volsunga dan Poetic Edda secara kasarnya berdasarkan kehidupannya.
Anak-anak Atilla, Ellak (waris dilantik), Dengizik, dan Ernak bergaduh merebut warisannya dan, berpecah, dikalahkan dan disinkir bertebaran pada tahun berikutnya dalam Pertempuran Nedao. Empire Attila tidak kekal selepasnya.
[Sunting] Gambaran, perwatakan dan nama
Sumber utama bagi maklumat mengenai Attila adalah Priscus, sejarahwan yang mengembara bersama Maximin sebagai duta dari Theodosius II pada tahun 448. Dia menggambarkan kampung yang dibina dan diduduki oleh orang Huns nomad sebagai bersaiz bandar besar dengan dinding kayu kukuh. Dia menggambarkan Atilla sendiri sebagai:
- "rendah, dengan dada bidang dan berkepala besar; matanya kecil, janggutnya nipis dan beruban; dan berhidung kemik dan (swarthy complexion), menunjukkan asal-usulnya."
Penampilan fizikal Attila kemungkinan besar seperti jenis Asia Timur atau Mongolian, atau kemungkinannya campuran jenis ini dan orang Turki Asia tengah. Malah, dia kemungkinannya menunjukkan ciri-ciri Asia Timur yang tidak biasa dilihat oleh orang Eropah dengan itu mereka sering menggambarkannya dengan istilah teruk.
Attila dikenali dalam sejarah dan tradisi Barat sebagai Musuh Tuhan - "Scourge of God", dan namanya menjadi lambang bagi kekejaman dan gasar - (barbarism). Sesetengah dari ini mungkin muncul dari conflation of his traits, dalam imaginasi popular, with those perceived in later steppe warlords such as the Mongol Genghis Khan and Tamerlane: kesemuanya dicampur sebagai kejam, bijak, dan peminat sanguinary perperangan dan merompak. Perwatakan sebenarnya mungkin lebih rumit. Puak Huns zaman Attila telah bergaul dengan tamadun Rom agak lama, sebahagian besarnya melalui foederati Jerman disempadan—dengan itu ketika duta Theodosius pada tahun 448, Priscus mampu mengenalpasti bahasa Hunnic, bahasa Gothic, dan Latin sebagai tiga bahasa utama puak Hun. Priscus juga mengisahkan pertemuannya dengan tawanan Rom timur yang begitu diserap kedalam cara hidup puak Huns sehinggakan dia tidak lagi ingin kembali kenegara asalnya, dan gambaran sejarahwan Byzantine mengenai kehidupan ringkas dan rendah diri Attila jelas menunjukkan kekagumannya.
Konteks sejarah kehidupan Attila memainkan peranan besar dalam membentuk imejnya: dipenghujung tahun terakhir Empayar barat, pergeserannya dengan Aetius (sering kali dikenali sebagai "Rom terakhir") dan kelainan kebudayaannya kedua-dua membantu meletakkan dia sebagai orang gasar yang ganas dan musuh peradapan, sebagaimana sering digambarkan dalam pelbagai rilem dan kerja seni lain. Epik Jerman yang memaparkan Atilla memberikan gambaran yang lebih seimbang: dia merupakan rakan yang bangsawan dan pemurah, seperti Etzel dalam Nibelungenlied, dan sebagai seorang yang bakhil yang kejam (cruel miser), seperti Atli dalam Volsunga Saga dan Poetic Edda. Sungguhpun begitu, sejarah negara tertentu, sentiasa menggambarkannya sebagai bagus; di Hungary dan Turki nama Attila (kadang kala sebagai Atilla dalam bahasa Turki) dan isteri terakhirnya Ildikó kekal mashyur sehingga ke hari ini. Selaras juga, novel penulis Hungari, Geza Gardonyi, A Lathatatlan Ember (diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai Slave of the Huns, dan sebahagian besarnya berasaskan kepada Priscus) menggambarkan gambaran bersimpati Attila sebagai pemimpin bijak yang disayangi.
Nama Attila mungkin bererti "Bapa Kecil - Little Father" dalam Gothic (atta "bapa" campur ringkasan suffix -la) sebagaimana diketahui ramai Goths berkhidmat dengan Attila. Ia mungkin juga pre-bahasa Turki (asal bahasa Altaic) (bandingkannya dengan Atatürk dan Alma-Ata, sekarang dikenali sebagai Almaty). Ia kemungkinannya berasal dari atta ("bapa") dan il ("tanah"), bererti "Tanah-Bapa Land-Father". Atil juga merupakan nama Altaic bagi sungai Volga masakini yang mungkin asal nama Attila.
[Sunting] Nota
- Anak mudanya mungkin merupakan Merovech, pengasas zuriat Merovingian, walaupun sumber—Gregory of Tours dan daftar (roster) kemudian dari Pertempuran Chalons—tidak mutlak.
- J.B. Bury, The Invasion of Europe by the Barbarians, lecture IX (e-text)
- Gambaran kemudian mengenai pertempuran meletakkan puak Huns samaada telahpun berada dalam bandar atau sedang menyerang apabila tentera Rom-Visigoth sampai; Jordanes tidak menyebut mengenai perkara tersebut. Lihat Bury, ibid.
- Marcellinus Comes, Chronicon (e-text), quoted in Hector Munro Chadwick: The Heroic Age (London, Cambridge University Press, 1926), p. 39 n. 1.
- Volsunga Saga, Chapter 39
- Poetic Edda, Atlamol En Grönlenzku, The Greenland Ballad of Atli
[Sunting] Rujukan
Teks klassik termasuk:
- Priscus: Byzantine History, available in the original Greek in Ludwig Dindorf : Historici Graeci Minores (Leipzig, B.G. Teubner, 1870) and available online as a translation by J.B. Bury: Priscus at the court of Attila
- Jordanes: The Origin and Deeds of the Goths
Penulisan moden dicadangkan adalah:
- Blockley, R.C.: The Fragmentary Classicising Historians of the Later Roman Empire, vol. II (ISBN 0905205154) (a collection of fragments from Priscus, Olympiodorus, and others, with original text and translation)
- C.D. Gordon: The Age of Attila: Fifth-century Byzantium and the Barbarians (Ann Arbor, University of Michigan Press, 1960) is a translated collection, with commentary and annotation, of ancient writings on the subject (including those of Priscus).
- J. Otto Maenchen-Helfen (ed. Max Knight): The World of the Huns: Studies in Their History and Culture (Berkeley, University of California Press, 1973) is a useful scholarly survey.
- E. A. Thompson : A History of Attila and the Huns (London, Oxford University Press, 1948) is the authoritative English work on the subject. It was reprinted in 1999 as The Huns in the Peoples of Europe series (ISBN 0631214437). Thompson did not enter controversies over Hunnic origins, and his revisionist view of Attila read his victories as achieved only while there was no concerted opposition.
[Sunting] Pautan luar
- A reconstructed portrait of Attila the Hun by Marco Bakker: Reportret: Attila the Hun.