Aznil Nawawi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 1963 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 16 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai seorang cahaya mata.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Rancangan pengacaraan beliau
Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Antaranya
- Pop Kuiz (rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau)
- Juara Lagu
- Anugerah Skrin
- Anugerah Planet Muzik
- Akademi Fantasia Musim 1 (Tirai AF & Konsert AF)
- Akademi Fantasia Musim 2 (Tirai AF, Konsert AF, & Imbasan AF)
- Akademi Fantasia Musim 3 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
- Akademi Fantasia Musim 4 (Tirai AF, Konsert AF, Diari AF, & Imbasan AF)
- Melodi (selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara ekslusif bersama Astro pada Oktober 2004)
- Kamera Apo?
- Macam-macam Aznil
[Sunting] Kerjaya
- Perunding Kreatif Astro (Terkini)
- Pengacara TV Astro (Terkini)
- Penyampai Berita TV3
- Wartawan Penyiaran TV3
[Sunting] Pencapaian
[Sunting] 2007
- Pengacara Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2007)
[Sunting] 2005
- Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2005)
- Rancangan Bual Bicara Terbaik (Asian Television Award 2005, Singapura) - Macam Macam Aznil
- Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005)
[Sunting] 2004
- Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam Macam Aznil
- Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2004)
- Anugerah Khas (Media Hiburan 2004)
- Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004)
[Sunting] 2003
- Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2003)