Beras
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Beras merupakan padi yang telah di proses dan dibuang kulitnya. Beras perlu dimasak, direbus sebelum dimakan. Biasanya jumlah air yang sekali ganda diperlukan, iaitu sekiranya beras satu inci tinggi, perlu diletak air setinggi 2 inci.
Beras akan mengembang apabila dimasak. Beras yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan dikenali sebagai nasi. Beras yang kandungan kanjinya tinggi dikenali sebagai beras pulut, atau secara ringkasnya pulut sahaja. Beras pulut adalah lebih melekit.
Sekiranya jumlah air yang digunakan bagi memasak beras agak banyak, ia akan menjadi bubur. Terdapat pelbagai jenis bubur yang diperbuat daripada beras, dan juga bahan bijiran lain.