Bola
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bola merupakan sejenis objek sfera yang banyak digunakan dalam permainan dan sukan. Bergantung kepada jenis penggunaannya, bola datang dalam pelbagai saiz dan jenis, dan diperbuat daripada getah, kain, plastik dan polimer.
Antara permainan bola yang paling dikenali ramai ialah bola sepak (bahasa Inggeris: soccer ball). Saiz bola sepak yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia adalah mengikut piawaian FIFA.