Buloh Kasap
Dari Wikipedia bahasa Melayu
[Sunting] Sejarah
Nama Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Buloh Kasap diambil dari perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh Kasar'.
[Sunting] Jambatan Bersejarah Buloh Kasap
Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan British semasa pembinaan Jalan Persekutuan. Walaubagaimanapun, Tentera British pada ketika itu terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Perang Dunia II bagi menyekat tentera Jepun dari terus mara ke Singapura. Selepas Perang tamat, jambatan baru telah dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini. Kesan pengeboman jambatan tersebut masih boleh dilihat hingga ke hari ini.