Burung Botak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Burung Botak Status pemuliharaan: Rentan
|
|||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Leptoptilos javanicus Horsfield, 1821 |
|||||||||||||||
|
Burung Botak ialah sejenis burung randuk yang besar daripada famili Ciconiidae. Nama saintifiknya Leptoptilos javanicus. Spesies ini tersebar luas dan merupakan pembiak tempatan di Asia selatan dari India di timur ke China selatan dan pulau Jawa. Menurut statistik Majlis Pemuliharaan Burung, Persatuan Alam Semula Jadi Malaysia, adanya 250 ekor Burung Botak di Malaysia, dengan 66 ekor terdapat di negeri Johor. [1]
Burung Botak ialah burung yang besar, biasanya antara 110 hingga 120 sentimer tingginya, dengan 210 sentimeter rentang sayapnya. Tubuh atas dan sayapnya berwarna hitam, tetapi perut dan sebelah bawah ekornya putih. Kepala dan lehernya botak seperti burung hering. Paruh burung ini berwarna pucat dan berbentuk panjang dan tebal. Warna anak burung lebih pucat, berbanding dengan burung dewasa.
Kebanyakan burung dalam famili Ciconiidae terbang dengan lehernya terentang, tetapi tiga spesies Leptoptilos terbang dengan leher tertarik balik seperti dengan burung pucung.
Burung Botak membiak di tanah lembap di tanah pamah tropika. Burung ini membina sarang-sarang ranting di atas pokok-pokok, dan membentuk koloni-koloni kecil.
Seperti dengan kebanyakan saudaranya, Burung Botak makan katak serta serangga besar khususnya, tetapi juga akan makan anak burung, cicak, dan rodensia. Burung Botak juga makan daging bangkai yang reput, dengan kepala dan leher burung ini yang botak merupakan suatu penyesuaian anatomi.
[Sunting] Nota
- ↑ Makanan untuk burung-burung, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Malaysia.
[Sunting] Rujukan
- BirdLife Internasional (2006). Leptoptilos javanicus. Senarai Merah IUCN 2006 untuk Spesies Terancam. IUCN 2006. Dimuat turun pada 11 Mei 2006. Kemasukan pangkalan data yang termasuk peta julat, justifikasi ringkas tentang mengapa spesies ini mudah terdedah pada bahaya, serta kriteria yang digunakan
- Grimmett, Inskipp and Inskipp; Birds of India. ISBN 0-691-04910-6