CH-53 Sea Stallion
Dari Wikipedia bahasa Melayu
CH-53 Sea Stallion adalah nama panggilan sejenis helikopter berat buatan Sikorsky pada asalnya dibuat untuk memenuhi keperluan Kor Marin Amerika Syarikat. Helikopter ini kini menjadi helikopter paling berat dibuat di negara barat. Helikopter ini direka bentuk sebagai Model 65 dalam tahun 1960. Dalam tahun 1964, helikopter ini memasuki perkhidmatan dengan Kor Marin sebagai CH-53A Stallion.
Helikopter CH-53A dipesan oleh Kor Marin untuk memenuhi keperluan helikopter pengangkutan berat, dan pesawat pertama menjalankan penerbangan pada 12 Oktober 1964.
Helikopter HH-53 adalah versi yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk operasi mencari dan menyelamat tempur (combat search and rescue) atau CSAR. Pada 15 Mac 1967, helikopter HH-53B Super Jolly Green Giant membuat penerbangan sulungnya di Pengkalan Udara Wright-Patterson. Setelah menjalani penilaian dengan memuaskan, helikopter ini dihantar untuk menjalani misi CSAR di Vietnam. Helikopter HH-53 "Super Jolly" sepatutnya menggantikan helikopter HH-3 Jolly Green Giant dalam peranan CSAR.
HH-53 "Super Jolly" boleh terbang dengan lebih laju berbanding HH-3 dan mempunyai berat pelepasan hampir 3 kali berat pelepasan HH-3. Helikopter HH-53 "Super Jolly" juga lebih berkuasa membolehkan ianya dipasangkan dengan pertahanan armor dan persenjataan yang lebih berat, dan boleh terkatung-katung dengan lebih upaya khususnya di tempat dan di paras tinggi.
Helikopter HH-53 Super Jolly menjadi helikopter utama digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat tempur CSAR semasa Perang Vietnam menggantikan helikopter HH-3. Helikopter ini juga digunakan untuk melaksanakan misi-misi peperangan khas seperti penyusupan masuk anggota-anggota pasukan khas ke kawasan operasi. HH-53 Super Jolly digunakan untuk menyusup masuk pasukan komando semasa serangan ke atas penjara Son Tay dalam tahun 1970 dalam percubaan untuk membebaskan tahanan perang Amerika di penjara tersebut.
Varian
- CH-53A - versi awal dibuat untuk Kor Marin sebanyak 139 unit
- RH-53A – helikopter pemusnah periuk api, 15 unit dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat
- TH-53A – Helikopter untuk latihan juru terbang
- HH-53B – Super Jolly Green Giant untuk Tentera Udara Amerika Syarikat khususnya untuk menjalankan operasi CSAR.
- CH-53C - Helikopter angkut berat untuk Tentera Udara Amerika Syarikat, 22 unit dibina.
- HH-53C - "Super Jolly Green Giant", helikopter HH-53B yang dinaik taraf untuk Tentera Udara Amerika Syarikat
- S-65C-2 (S-65o) – versi eksport ke Austria dan Israel
- S-65-C3 - versi eksport ke Israel
- CH-53D - CH-53A dengan sistem gear yang lebih baik, 124 unit dibina
- RH-53D – versi pemusnah periuk api yang ditambah baik
- VH-53D – 2 buah CH-53Ds untuk kegunaan VIP Kor Marin
- CH-53G - 110 unit binaan VFW untuk Tentera Jerman
- YHH-53H – prototaip Pave Low I
- HH-53H – helikopter penyusupan Pave Low III
- MH-53H – penamaan semula HH-53H
- MH-53E – Untuk eksport ke Jepun
- MH-53J – helikopter "Pave Low III", HH-53B, HH-53C,
- CH-53K – Penggantian CH-53E Kor Marin
- MH-53M – Versi "Pave Low IV" IDAS/MATT
- CH-53D Yas'ur 2000 - CH-53D yang dinaik taraf dan diperbaiki oleh IAI