Darjah Bakti
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Darjah Bakti (D.B.) atau "Berbakti Untuk Negara" merupakan darjah ketujuh antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Darjah ini tidak mempunyai darjah kecil dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya, baik di Malaysia ataupun di kalangan antarabangsa, serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini terhad seramai sepuluh orang sahaja.