Faradina Mohd Nadzir
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Faradina Mohd Nadzir (lahir: 1986; juga digelarkan Dina) ialah naib johan bagi Malaysian Idol Tahun 2004. Dia pernah dua kali memenangi pertandingan "Kejohanan Seni Persembahan Dunia Tahunan" (Annual World Championships of Performing Arts) di Los Angeles.
Dilahirkan di Johor Bahru, Dina tidak gemar akan anak patung semasa kanak-kanak. Sewaktu ibunya membelinya sebuah anak patung Barbie, Dina mencampakkannya ke dalam tandas. Adalah tercengang bahawa dia gemar akan senapang kanak-kanak dan patung askar. Ini disebabkan dia seorang sahaja anak perempuan diantara semua adik-beradik lelaki, dan bukannya disebabkan dia seorang tomboi.
Dina juga tidak suka persolekan dan baju-baju yang cantik kerana lebih selesa memakai kemeja T dan seluar jean. Dia tidak suka membeli-belah kerana payah membeli pakaian yang sesuai untuk badannya yang bersaiz Eropah.
Semasa kecil, cita-cita Dina ialah untuk menjadi juruterbang perempuan yang pertama di Malaysia, akan tetapi sudah ada orang lain yang berbuat demikian. Oleh sebab itu, dia menukarkan tujuannya. Seorang peminat muzik, Dina main piano dan dram sewaktu di sekolah. Dia pernah diuji dalam ujian bakat Akademi Fantasia dalam musim pertamanya, akan tetapi tergagal. Selepas AF, Dian mengambil bahagian dalam Bintang RTM.
Dina sekarang tinggal di Kuala Lumpur dan belajar kursus diploma dalam Pengurusan Seni di Universiti Teknologi Mara. Di antara masa belajar dan membuat persembahan nyanyian, Dina sanggup mengaturkan masa untuk mengeluarkan albumnya yang pertama, Cinta Datang Lagi, pada bulan Oktober 2005. Kemenangannya sebagai naib johan bagi Malaysian Idol Tahun 2004 memang merupakan titik pusing kehidupan Dina.
[Sunting] Rujukan
- New Sunday Times, Malaysia. 23 Oktober 2005.