Fenerbahçe
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Fenerbahçe Spor Kulübü lebih dikenali sebagai Fenerbahçe ialah sebuah kelab sukan Istanbul, Turki. Pasukan itu berpengkalan di sebuah daerah di Istanbul yang bernama Fenerbahçe. Penggunaan nama bagi daerah dan kelab sukan itu datang daripada sebuah rumah api yang terletak di daerah itu ('Fener' dalam Bahasa Turki bermaksud 'rumah api'). Cawangan kelab itu yang popular setakat ini ialah pasukan bola sepaknya, tetapi kelab itu juga bersaing dalam sukan bola keranjang, bola tampar, tinju, olahraga, renang dan ping pong. Pada masa sekarang, cawangan bola sepak Fenerbahçe bertanding dalam Turkcell Süper Lig.