Filem Azura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Azura | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Deddy M. Borhan |
Pengarang | Deddy M. Borhan (lakon layar) M. Amin (skrip asal) |
Pelakon | Fauziah Ahmad Daud Jamal Abdillah |
Penerbit | Deddy M. Borhan |
Pengedar | Sabah Film Production |
Mula Tayangan | 1984 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Azura ditayangkan pada tahun 1984. Filem ini berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai pelakon dan penyanyi paling popular. Ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan, turut dibantu oleh Fauziah Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama. Filem ini berjaya mencatatkan filem pertama mencapai Box-Office.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Seorang pemuda daripada keluarga berada selalu bergaul dengan golongan tidak bertanggungjawab. Dia sering menimbulkan masalah dan sering terlibat dalam pertenglikahan samseng. Pada suatu hari dia berjumpa dengan seorang gadis dan jatuh cinta pada gadis itu. Gadis itu, Azura, kemudian mula mengubah peribadi lelaki itu dan dia mula menjadi seorag pemuda yang baik. Dia meminang Azura tetapi perkahwinannya dengan Azura dibantah oleh keluarganya sendiri kerana Azura datang daripada keluarga yang miskin. Walaupun demikian, dia mengahwini Azura dan meninggalkan segala kekayaan keluarganya. Pemuda itu bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara Azura. Segalanya berjalan lancar sehinggalah Azura mengandung. Suaminya mengesyaki bahawa bayi dalam kandungan itu bukan anaknya. Perasaan curiga timbul di antara mereka.
[Sunting] Pelakon
- Jamal Abdillah (Zek)
- Fauziah Ahmad Daud (Azura)
- Maria Arshad (Ibu Tiri Zek)
- A. Galak (Datuk Putih)
- Rafie Hussein (Razif)
- Yusni Jaafar (Mak Long)
- M. Rajoli
- Syed Sobrie
- M. Daud
- Montoi Yaakob
- Azean Yussof
- Noor Liza Abdullah
- Rahman Aziz
- Ahmad Sharif
- Ismail Omar
- Gatot
- David
- Patrick Gilan
- Eddy Thomas
[Sunting] Pengarah
- Deddy M. Borhan
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-5, 1984
- Lagu Terbaik - M. Nasir
- Anugerah Khas Juri - Pengolahan kisah masyarakat semasa