Filem Buli
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk mengetahui tentang jenayah Buli, sila lihat: Buli.
Buli | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Pengarang | Afdlin Shauki (lakon layar) |
Pelakon | Afdlin Shauki Hans Isaac Patrick Teoh |
Penerbit | Johari Amat Lazizah Ahmad |
Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 11 Mac 2004 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Buli mula ditayangkan pada 11 Mac 2004.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Buli mengisahkan Nordin (lakonan Afdlin Shauki), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy (Hans Isaac) sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian di dalam sebuah syarikat terkemuka, beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.
Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin.
Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika (Nasha Aziz) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.
[Sunting] Pelakon
- Afdlin Shauki
- Nasha Aziz
- Hans Isaac
- Sharifah Shahira
- Hattan
- Ako Mustapha
- Patrick Teoh
- Kartina Aziz
- AC Mizal
[Sunting] Pengarah
- Afdlin Shauki
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki
- Lakonlayar Terbaik - Afdlin Shauki
- Pengarah Harapan - Afdlin Shauki
- 9th Malaysia Video Awards, 2004
- Best ASEAN Feature - Silver Award
- Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
- Pengarah Terbaik - Afdlin Shauki
- Lakonlayar Terbaik - Afdlin Shauki
- Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki