Filem Orang Minyak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Filem Orang Minyak merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan oleh syarikat perfileman Cathay-Keris sekitar tahun 1950-an. Filem ini mengisahkan perihal sebuah kampung yang dihantui orang minyak.
Ia diarah oleh pengarah L. Krishnan dan diterbitkan pada 1958. Filem-filem tersebut berasaskan dari lagenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.