Filem Puteri Gunung Ledang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
- Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk legenda mengenai Puteri Gunung Ledang, sila lihat: Puteri Gunung Ledang.
Puteri Gunung Ledang | |
---|---|
Pengarah | Saw Teong Hin |
Pengarang | Mamat Khalid Saw Teong Hin (lakon layar) |
Pelakon | Tiara Jacquelina M. Nasir Adlin Aman Ramlie |
Penerbit | Tiara Jacquelina |
Pengedar | EnfiniTi Productions Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 31 Ogos 2004 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | Rujukan IMDb |
filemkita | Rujukan filemkita |
Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:
- "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
- "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
- "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
- "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
- "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
- "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
- "Ketujuh, darah seguntal tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.
[Sunting] Pencapaian
Filem tersebut merupakan belanjawan yang tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing yang Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.
Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".
Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangin Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.
Anugerah-anugerah yang diperolehi:
- Festival Filem Malaysia ke-18, 2005
- Pengarah Terbaik - Saw Teong Hin
- Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid & Saw Teong Hin
- Skor Muzik Terbaik - M. Nasir & Tan Yan Wei
- Penataan Seni Terbaik - Hasnizar Ithnin
- Anugerah Khas Juri - Filem inovatif & berinspirasi
- Festival Filem Asia Pasifik ke-50, 2005 (Kuala Lumpur)
- Pelakon Wanita Terbaik - Tiara Jacquelina
[Sunting] Trivia
- Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 dimana ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV1.
- Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.
- Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
- Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Academy Awards.
- Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal akan dilakukan bermula Februari 2006.
[Sunting] Pelakon
Pelakon | Watak |
---|---|
Tiara Jacquelina | Puteri Gunung Ledang |
M. Nasir | Hang Tuah |
Dato' Rahim Razali | Datuk Bendahara |
Adlin Aman Ramli | Sultan Mahmud Shah |
Sofia Jane | Permaisuri Tun Teja |
Khir Rahman | Tun Mamat |
Alex Komang | Gusti Adipati Handaya Ningrat |
Christine Hakim | Bayan |
Ruminah Sidek | Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri) |
Azmil Mustapha | Pangeran Demak |
Sabri Yunus | Sang Setia |
Man Bai | Topok |
Radhi Khalid | Tapik |
Slamet Rahardjo | Patih |
Muhammad Naufal Nasullah | Raja Ahmad |