Frankfurt
Dari Wikipedia bahasa Melayu
-
Untuk kegunaan yang lain, sila lihat: Frankfurt (nyahkekaburan).Untuk ibu negeri Kentucky di Amerika Syarikat, sila lihat Frankfort
Frankfurt am Main | |
---|---|
Lambang Frankfurt am Main | |
Lokasi Frankfurt am Main di Jerman | |
Negara | Jerman |
Negeri | Hesse |
Kawasan pentadbiran | Darmstadt |
Daerah | Daerah bandar |
Unit pentadbiran | |
Jumlah penduduk | 660,000 sumber (2006) |
Kawasan | 248.31 km² |
Kepadatan penduduk | 2,611 /km² |
Ketinggian | 112 m |
Koordinat | 50°7′ U 8°41′ T |
Kod pos | 60001-60599, 65901-65936 |
Kod kawasan | 069, 06109, 06101 |
Kod plat nombor | F |
Datuk Bandar | Petra Roth (CDU) |
Laman web | frankfurt.de |
Frankfurt am Main? adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya kelima terbesar di Jerman. Terletak di tebing sungai Maine, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.
Kawasan metropolitan bandar raya, Kawasan Utama Rhine Frankfurt, mempunyai 5 juta penduduk dan merupakan kawasan metropolitan yang kedua terbesar di Jerman.
Di kalangan penutur bahasa Inggeris, bandar raya ini biasa dikenali dengan mudah sebagai "Frankfurt", walaupun orang-orang Jerman kekadang memanggilnya dengan nama penuh untuk membezakannya daripada lagi satu Frankfurt dalam negara yang dikenali sebagai Frankfurt (Oder) di negeri Brandenburg. Pada suatu ketika, bandar raya ini digelarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Frankfort-on-the-Main, iaitu terjemahan harfiah untuk Frankfurt am Main.
Frankfurt ialah salah satu tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.
[Sunting] Gambaran keseluruhan
Frankfurt telah memainkan peranan utama dalam sejarah politik Jerman dan negeri-negeri Jerman sejak berabad-abad lagi. Dari tahun 855 hingga 1792, Frankfurt merupakan bandar raya pengundi Maharaja-maharaja Empayar Rom Holy Negara Jerman. Dalam revolusi-revolusi pada tahun 1848-49, Frankfurt menjadi semacam ibu negara revolusi dan merupakan tempat untuk Parlimen Frankfurt, parlimen pertama yang dipilih secara demokratik, yang bersidang di Frankfurter Paulskirche, atau Gereja St. Paul.
Tiga tiang ekonomi Frankfurt adalah kewangan, pengangkutan dan perdagangan seimbang. Frankfurt merupakan ibu negara kewangan berabad lamanya, dan merupakan tuna rumah bagi sebilangan bank-bank utama dan pembrokeran.