Gayo Lues
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|||
Cogan kata: Tiada | |||
Tiada peta | |||
Ibu kota | Blangkejeren | ||
Bandar terbesar | {{{Bandar terbesar}}} | ||
{{{Penubuhan}}} | {{{Tarikh}}} | ||
Ketua Negara | Tiada maklumat | ||
Ketua Daerah | Tiada maklumat | ||
Keluasan: Jumlah: % air: |
{{{L}}} 5,720 km2 {{{% air}}} |
||
Penduduk: Jumlah: Kepadatan: |
{{{P}}} 60,805 (2000) 10.6/km2 |
||
Bahasa rasmi | {{{Bahasa rasmi}}} | ||
Bahasa lain | {{{Bahasa lain}}} | ||
Lagu kebangsaan | Tiada maklumat | ||
Agama rasmi | {{{Agama rasmi}}} | ||
Agama lain | {{{Agama lain}}} | ||
Matawang | {{{Matawang}}} | ||
Zon Waktu | UTCTiada maklumat | ||
Internet TLD | {{{Domain}}} | ||
Kod panggilan | Tiada maklumat | ||
{{{Huraian}}} |
Gayo Lues yang berada di gugusan pergunungan Bukit Barisan, sebahagian besar wilayahnya merupakan kawasan Taman Nasional Gunung Leuser yang telah diisytihar sebagai warisan dunia. Merupakan hasil pemecahan dari keregenan Aceh Tenggara dan sedang mengalami perkembangan pesat hasil pemecahan tersebut, meski kadang-kadang mendapat gangguan dari Gerakan Aceh Merdeka.
Keregenan yang mempunyai bilangan penduduk yang kebanyakannya dari kaum Gayo ini sedang berusaha untuk mencapai pembangunan. Potensi yang dikembangkan adalah pertanian, seperti lada besar di mana Gayo Lues merupakan pengedar utama lada ini di pasar-pasar kota Medan, selain itu terdapat hutan pinus yang berpotensi untuk pengembangan tanaman serai wangi dan di kawasan Terangon yang mulai dihuni transmigrasi dapat mengembangkan budidaya nilam, tembakau virginia dan koko disamping kopi Arabika.
Dengan rancangan pembangunan Jalur Ladia Galaska (Lautan Hindi, Gayo, Alas dan Selat Melaka) yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Selat Melaka, meski mendapat tentangan dari kalangan pelestari lingkungan hidup, diharapkan ekonomi masyarakat Gayo Lues yang sebelumnya tercicir akan meningkat. Keregenan Gayo Lues merangkumi 57 peratus dari wilayah Aceh Tenggara, dan terdiri dari lima sub-daerah dengan pecahan sebagai berikut:
- Blangkejeren
- Kuta Panjang
- Pinding
- Rikit Gaib
- Terangon
- Sila lihat: Daftar Kabupaten dan Kotamadya Indonesia