Gila-Gila
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Majalah Gila-Gila suatu ketika dahulu menjadi majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating jualan tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Gila-Gila, terbitan CESB(Creative Enterpise Sdn. Bhd.) menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an berkartun dengan dipelopori oleh Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Azman Yusof, Rejabhad, Tarzidi, Nan, Fatah Ngah, Kerengge, Reggie Lee, Don, Zamri Abu, Rossem, Imuda , Long dan ramai lagi pelapis baru.
Pada peringkat awal penerbitan, majalah Gila-Gila dianggap sebagai medan untuk kartunis Malaysia bagi tujuan menyampaikan mesej kepada pembaca melalui kartun. Kartun-kartun yang disiarkan Gila-Gila berlatar belakang cerita rakyat Malaysia secara humor dan simbolik. Sekali lihat, Gila-Gila menceduk idea MAD melalui format penerbitan dan mastheadnya.
Gila-Gila menjadi trend-setter kepada penerbitan majalah humor daripada syarikat-syarikat penerbitan lain. Lakaran kartun yang bersahaja, cerita berlatarkan kampung dan desa (rural) dan gaya hidup separa-urban menjadi kegemaran dan pembaca Gila-Gila sentiasa menantinya. Para cendikiawan turut menyumbang artikel dengan gaya yang bersahaja. "Kalau" ( Jaafar Taib ), "Pepatah Petitih" (Malungun), "Lagak A. Mahmud" ( Fatah Ngah ), "Ayop Anak Tulakang" ( Nan ), "Pendekar Mato Tiga" (Don), "Tiga Segi Empat Segi" (Kerengge), "Perwira Mat Gila" ( Rejabhad ), "From Taiping With Love" (Rasyid Asmawi)dan banyak lagi menjadi nostalgia kepada mereka yang membesar bersama Gila-Gila. Ujang adalah diantara kartunis muda yang berjaya meletakkan rating jualan majalah Gila-Gila.