Gila-gila Pengantin Remaja
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gila-gila Pengantin Remaja | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Pengarang | Aziz M. Osman |
Pelakon | Zahnita Hussein Aszerul Beego |
Penerbit | Yusof Haslam Aziz M. Osman Nor Aliah Lee Ismail Mustafa |
Pengedar | Skop Productions Sdn Bhd Ace Motion Pictures Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 29 April 2004 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Gila-gila Pengantin Remaja ialah filem terbitan bersama dua pengarah terkemuka Malaysia, Yusof Haslam dan Aziz M. Osman. Genre filem ini ialah komedi dan merupakan sekuel kepada filem Gila-gila Pengantin.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.
[Sunting] Pelakon
- Zahnita Hussein (Mastura)
- Aszerul Beego (Amir)
- Rozaidi Abdul Jamil (Fandi)
- Afdlin Shauki (Bakar)
- Juliana Banos (Anita)
- Saiful Apek (Wong)
- AR Badul (Rustam)
- Sheila Mambo (Rosmah)
[Sunting] Pengarah
- Aziz M. Osman
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Anugerah Khas Juri - Filem komedi