Gunung Gagau
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Gunung Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Gagau boleh didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan. 8 jam menaiki bot di Sungai Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung Gagau mengambil masa sehari sahaja.
Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah didaki berbanding dengan Gunung Tahan.
Anda boleh lihat binatang liar yang dipanggil tapir. Sesetengah tempat memanggilnya cipan atau tenok.
Sebelum mendaki pastikan anda memndapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan mestilah ada jurupandu ke puncak. Warden Taman Negara akan memberi nasihat tentang bot dan jurupandu.