Hans Tyderle
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Hans Tyderle (dilahirkan pada 15hb Disember 1926 di Svitavy, Czechoslovakia / Republik Czech; nama sebenar Johannes Tyderle) adalah seorang ilustrator dan pelukis, yang telah bekerja selama berdekad-dekad dalam seni lukisan berunsur "encaustic", iaitu satu teknik lukisan lama menggunakan pewarna berlilin. Hasil kerja Tyderle juga dikaitkan dengan kedua-dua gaya "Expressionist" dan "Abstract". Tema lukisan beliau merangkumi teknik portrait, objek statik, lukisan berciri agama, erotisma dan kadang-kala juga lanskap. Beliau menandatangani lukisannya dengan nama samaran “Ha Ty”.