Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/24 Jun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
24 Jun: Hari Perang Carabobo di Venezuela (1821), Fête nationale du Québec (Hari Saint-Jean-Baptiste) di Québec, Kanada
- 1128 - Alfonso I dari Portugal bertempur dalam Perang São Mamede, langkah pertama menujui kemerdekaan Portugal.
- 1314 - Scotland mencapai semula kemerdekaan ketika angkatan-angkatan tentera yang diketuai oleh Robert si Bruce menewaskan Edward II dari England dalam Perang Bannockburn (gambar).
- 1440 - Kolej Eton di Berkshire, England diasaskan oleh Raja Henry VI untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang akan melanjutkan pendidikan di Kolej King, Cambridge.
- 1535 - Negara Anabaptis Münster ditaklukkan dan kemudian dibubarkan.
- 1597 - Pelayaran Belanda pertama ke Hindia Timur tiba di Bantam, Jawa.
- 1947 - Penglihatan UFO pertama yang diketahui: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang di udara negeri Washington, Amerika Syarikat.