Hawari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Hawari adalah singkatan daripada Al-Hawariyyun iaitu 12 orang sahabat Nabi Isa dari kaum Bani Israil yang sangat taat beragama dan juga tekun mempelajari Kitab Injil iaitu Kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Isa untuk memberi petunjuk kepada kaum Bani Israil yang kebanyakannya sesat dan sudah menyeleweng daripada ajaran Kitab Taurat dan Ajaran nabi Musa & Nabi Harun.Kedua belas sahabat baginda ini sentiasa membenarkan apa yang diajarkan baginda kepada Bani Israil meskipun Ahli Dewan Syanhadrin (ahli dewan agama Yahudi) menolaknya dan mengatakan baginda sesat.Mereka juga turut menjadi saksi Hidangan dari Langit selepas Allah memperkenankan permintaan mereka melalui doa Nabi Isa kerana mereka ingin memperkukuh keimanan mereka dan bukan atas dasar fizikal.Namun Allah memberi firman daengan mengatakan sesiapa yang ingkar atau kafir selepas turunyyan hidangan ini nescaya akan dibalas-Nya dengan azab yang tidak pernah diterima sesiapapun.
Kata-kata Allah memang benar, salah seorang sahabat baginda bernama Yahuda Iskhanuti memberitahu pemerintah Rom tentang ajaran Nabi Isa yang dikatakan mampu menumbangkan kerajaan Rom. Allah menyelamatkan Rasul-Nya dengan mengankat Nabi Isa (a.s) ke langit dan menukarkan wajah Yahuda Iskhanuti menyerupai Nabi Isa (a.s) dan akhirnya Yahuda iskhanuti yang mati disalib dan bukan Nabi Isa (a.s)