Hopea
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Hopea | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Buah Hopea thorelii
|
|||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
Hopea ialah nama botani untuk satu genus tumbuhan yang malar hijau. Bagaimanapun, pengelasan genus ini amat menyusahkan, disebabkan genus ini tidak mempunyai sempadan yang jelas dengan genus-genus yang lain dalam famili ini. Sesetengah subgenus adalah amat berkait dengan Shorea, dan Neobalanocarpus. Hopea berbeza dengan Shorea hanya dari segi bentuk lobus kaliksnya ketika berbuah, iaitu tiga lobus yang lebih panjang dan dua lobus yang lebih pendek dalam Shorea, berbanding dengan dua lobus yang lebih panjang dan tiga lobus yang lebih pendek dalam Hopea.
Genus Hopea terdiri daripada 112 spesies yang tersebar dari Sri Lanka ke Bangladesh, India, Myanmar, China Selatan, Hainan, Indochina, dan Malaysia.
[Sunting] Morfologi
Saiznya pokok-pokok Hopea berbeza-beza antara kecil hingga besar, dan jarang mempunyai akar banir. Ciri-ciri bahagian pokok adalah seperti berikut:
- Kulit batang pokok: biasanya licin, berkelupas, atau mempunyai fisur yang berjarak jauh.
- Tunas: kecil dan berbentuk seakan-akan telur.
- Stipul: kecil, dengan bentuk lebih kurang bujur, dan luruh pada peringkat perkembangan yang awal.
- Daun: Daunnya boleh mengambil bentuk simetri ataupun tidak simetri pada pangkalnya, dan tidak terlipat. Teksturnya kekertasan atau bak kulit. Domatium (struktur kecil di aksil vena-vena primer pada permukaan bawah daun) biasa wujud.
- Bunga: Kebanyakan bunga berumpun-rumpun dengan aksil yang terdiri daripada satu atau dua cabang.
- Kudup bunga agak kecil dan berbentuk seakan-akan telur.
- Lobus-lobus kaliks berbentuk deltoid, mempunyai saiz yang hampir sama, dan bertindan. Pinggirnya sering mengandungi struktur-struktur yang kecil.
- Kelopak bunga berbentuk seakan-akan telur, berwarna putih hingga putih kuning (merah muda bagi pokok H. oblongifolia dan H. thorelii), mempunyai bulu halus di luar, tetapi licin dan tiada bulu di dalam, serta biasanya disambung pada pangkalnya. Oleh itu, kelopak-kelopak dalam sekuntum bunga akan luruh bersama-sama. Pedisel hampir disambung secara langsung tanpa tangkai.
- Stamen: Sekuntum bunga biasanya mempunyai 15 batang stamen (10 untuk H. recopei dan H. sangal) yang tidak sama panjang. Bentuk filamen stamen kecil di bahagian atas, dan lebar pada pangkalnya. Penghubung-penghubung anter amat nipis seolah-olah benang, dan adalah dua kali lebih panjang berbanding anternya (penghubung tidak wujud dalam H. recopei). Anter itu mempunyai 4 pundi debunga.
- Ovari superior: Bahagian bawahnya besar, dan lobus-lobus kaliks bertindan pada pangkalnya ketika bunga sedang berbuah.
- Kekeras: Kekerasnya adalah bebas daripada kaliksnya. Kotiledonnya berisi, dan tidak sama besar.
[Sunting] Rujukan
- Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan Thailand: Dipterocarpaceae di Thailand – Analisis Taksonomi dan Biogeografi