I Know What You Did Last Raya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
I Know What You Did Last Raya | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | A. Razak Mohaideen |
Pengarang | Azahari Md Zain (lakon layar) Wan Aida Wan Yahya (skrip) |
Pelakon | Erra Fazira Waheeda Azlee (Senario) Mazlan Pet Pet Zamarul Hisham |
Penerbit | Ahmad Puad Onah Lazizah Ahmad A. Latiff Mohaideen |
Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 14 November 2004 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem I Know What You Did Last Raya ialah filem yang merupakan parodi kepada filem Amerika Syarikat, "I Know What You Did Last Summer". Filem ini mula ditayangkan 14 November 2004 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
[Sunting] Sinopsis
Dr. Mira bersama kawan-kawannya, Lan, Fazzly, Yasir dan Sahida telah diculik oleh penjahat bernama Man akibat dari dendam yang telah sekian lama tersimpan. Sementara itu, ada misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan huru-hara satu kampung. Pada malam raya iaitu ketika mereka semua pulang ke kampung, mereka terlanggar seekor kambing dan seorang lelaki. Mulai saat itu mereka diganggu.
[Sunting] Pelakon
- Azlee (Fazzly)
- Mazlan (Roslan)
- Waheeda (Sahida)
- Zamarul Hisham (Yasir)
- Ebby Yus (Man)
- Erra Fazira (Dr. Mira)
- Pie
- Khatijah Tan
- Aznah Hamid
- Mak Jah
- Dynaz
[Sunting] Pengarah
- A. Razak Mohaideen