IJN Awajisan Maru
Dari Wikipedia bahasa Melayu
IJN Awajisan Maru merupakan kapal pengangkut tentera Jepun seberat 9,794 tan yang terbabit dalam serangan Jepun keatas Malaya semasa Perang Dunia II.
Dalam pendaratan tersebut, kapal IJN Awajisan Maru telah diserang oleh Skuardon Hudsons No.1. IJN Awajisan Maru telah dibom oleh Leftenan Penerbangan O.N. Diamond Skuardon No.1 dan tenggelam di persisiran pantai Padang Pak Amat, dengan itu menjadi kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan musuh semasa pertempuran dalam Perang Pasifik.