Infrastruktur
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Infrastruktur adalah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya infrastruktur pengangkutan merangkumi landasan keretapi, jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain elemen yang bersangkutan dengan pengangkutan. Kadang-kadang, definasi ini amat luas. Contohnya infrastruktur kapital di dalam ekonomi merangkumi perusahaan tekstil sehinggalah sistem kanal seluruh benua.
[Sunting] Penggunaan di dalam Perancangan Bandar
Istilah ini kerap digunakan dalam perancangan bandar dan merujuk kepada kemudahan yang menyokong penggunaan tanah serta persekitaran bangunan secara terperinci
Lazimnya, infrastruktur ini digunakan dalam konteks dua sistem sokongan iaitu modaliti pengangkutan seperti (lebuhraya, keretapi, dan sebagainya.) dan kemudahan. Selain itu, infrastruktur merujuk kepada perkhidmatan asas yang disediakan oleh majlis perbandaran tempatan, samada kerajaan atau swasta. Infrastruktur (dari segi awam) termasuklah:
- Pengangkutan
- Jalanraya
- Lebuhraya
- Landasan keretapi
- Pengangkutan awam
- Lapangan terbang
- Pelabuhan
- Kemudahan awam
- Elektrik
- Gas asli
- Penghantaran Arang
- Bekalan dan pemrosesan Air
- Pembentungan Najis
- Perkhidmatan Telekomunikasi
- Peruntukan lebar jalur radio dan televisyen
- Perkhidmatan Kabel
- Khidmat perbandaran
- Pengutipan Sampah
- Pelindungan Polis
- Pelindungan Bomba
- Pelindungan banjir
- Sistem Pos
- Mint
- Infrastruktur Lembut (soft infratructure) bermaksud institusi yang mengekalkan mutu kesihatan dan budaya masyarakat sesebuah negara. Ianya merujuk kepada
- Sistem Pendidikan Awam
- Sistem Kesihatan awam termasuklah hospital-hospital awam