Jalan Petaling
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bandar Cina asal ditubuhkan semasa zaman koloni British, dan Jalan Petaling merupakan tapak yang dipilih bagi penempatan Cina masa itu. Selama bertahun-tahun lamanya ia menjadi tempat perniagaan dan mengekalkan suasana tradisi, dengan kuil Buddha dan kedai menjual colok, ubat tradisi dan kedai makan Cina. Pada awal petang sehingga lewat malam, penjaja akan menjual barangan mereka dijalanan dengan pelbagai barangan jualan.
Ia terkenal dengan barangan salinan - daripada barangan berjenama sehingga VCD/DVD cetak rompak. Kini ia dilengkapi dengan atap kanopi yang menutupi seluruh jalan den berbentuk naga. Ia menambahkan lagi suasana sibuk tanpa bimbang panas dan hujan.