Jamaat-e-Islami
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jamaat al Islami ditubuhkan oleh Sayid Abul A'ala Al Maududi pada tahun 24 Ogos 1941 sebagai sebuah parti politik. Tapi pada hakikatnya ia sebuah jamaah akidah atau haraqah Islamiah untuk menegakkan sistem hidup Islam di muka bumi ini. Akidahnya ialah 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ini telah ditafsir dan dihuraikan dengan begitu teliti sehingga ia menjadi teras kepada perjuangan Jamaat-i Islami.1
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengasas
Maududi lahir pada 1903 dan meninggal pada 1979. Tempat kelahirannya ialah Aurangabad, Hydrabad (Deccan) . Beliau meninggal dunia ketika permulaan Islamisasi Zia Ul Haq di Pakistan.
Ayahnya seorang peguam lulusan Aligarh tapi dia sendiri tidak bernasib baik dalam pelajaran. Maududi tidak tamat Darul Ulum, Hydrabad kerana ayahnya meningggal dunia diserang penyakit.
Mulai 1918 ( umur 17 tahun) beliau menjadi wartawan / editor akhbar Taj di Jabalpur. Kemudian menjadi editor akhbar Muslim di Delhi iaitu saluran rasmi gerakan Jamiat al-Ulama -i Hind. Seterusnya ke Delhi untuk memimpin akhbar al Jamiat.
Ini dikuti dengan perpindahannya untuk memimpin majalah bulanan Tarjuman al Quran. Majalah ini menjadi saluran pemikiran dan perjuangan Maududi. Kehidupan Maududi tidaklah begitu mewah. Oleh sebab itu beliau sering berpindah dari satu media ke satu media dan kehidupannya lebih banyak di perpustakaan-perpustakaan dan masjid-masjid.
Pada tahun 1937, Dr Muhamad Iqbal menemui Maududi .Mereka berbincang tentang pembentukan semula undang-undang Islam di India. Maududi amat menekankan penggubalan perlembagaan Islam dan pengguatkuasanya. Lantaran kemahirannya itu Presiden Muammar Ghadafi pernah menjemputnya untuk menggubal perlembagaan negara Jamahiriyah Libya.
Dr Muhamad Iqbal menjemputnya ke Punjab kerana Dr Muhamad Iqbal tertarik dengan idea perjuangan Maududi. Jemputan Dr Muhamad Iqbal itu diterimanya tapi malangnya pada tahun 1938, Dr Muhamad Iqbal pula meninggal dunia. Oleh itu Maududi pindah ke Lahore dan menjadi pensyarah jemputan di Sekolah Himayat al -Islam. Beliau pernah menjadi dekan Fakulti Teologi, Islamic College di Lahore.
Beliau seorang yang amat berpegang kepada prinsip. Maryam Jameelah memeluk agama Islam kerana dedikasi, ketokohan dan karisma yang dimiliki oleh Maududi. Beliau juga pernah menolak jawatan profesor di Osmania Universiti di Hydrabad. Alasannya ialah :
Dakwah tidak boleh dijual-beli dan tidak ada tawar-menawar terhadap Islam"4
Pada bulan Ogos 1941, Maududi menubuhkan Jamaat-i Islami. Gerakan ini lebih luas, agresif lalu mendapat tentangan dari pada rakyat dan pemerintah sendiri. Maududi pernah dipenjarakan dari tahun 1948-1950 .Ketika zaman Ayub Khan, Yahya Khan dan Zulfikar Ali Butto , Maududi dan pengikut Gerakan Jamaah Islami ditindas.
Pada tahun 1953, Maududi sekali lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana perjuangannya menentang ajaran Qadiani. Mazhab Qadiani ditentang habis-habisan oleh Maududi kerana pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mengaku menjadi nabi dan rasul. Tetapi pada tahun 1955 beliau dibebaskan kerana desakan massa.
[Sunting] Sambutan Masyarakat
Maududi seorang intelektual Islam yang amat produktif. Hasil pemikirannya bukan sahaja dibaca oleh rakyat Pakistan malah di seluruh dunia. Beliau menjadi penulis sejak berumur 15 tahun lagi dan masih bergiat menulis sehingga umurnya 76 tahun. Terdapat 130 buah buku dan risalah hasil tulisan Maududi. Lebih 1000 ucapan yang panjang dan bernas dalam bentuk tulisan dan pita rakaman.
Beliau juga telah sempat menyampaikan ceramahnya ke seluruh kota besar dunia seperti Kaherah, Damsyik, Amman, Mekah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan pusat-pusat Islam antarabangsa yang lain.
Karyanya diterjemah ke seluruh dunia seperti dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Turki, Parsi, Hindu, Peranchis, Jerman, Swahili, Tamil, Benggali, Indonesia dan lain-lain.
Gagasan yang dikemukakan oleh Maududi dianggap sebagai 'Islamisation of knowledge' atau pengislaman ilmu pengetahuan.
Perjuangan dan idealisme Maududi dihayati dan dilanjutkan oleh tokoh-tokoh terkemudian. Antaranya ialah assyahid Sayid Qutb, Khurshid Ahmad, Abdul Hameed Siddiqi, Zafar Ishaq Ansarri, Maryam Jameelah dan lain-lain.
Pada peringkat awal terlalu banyak jiwa yang terseksa , terpenjara dan terkorban terutama ketika penubuhan negara Pakistan pada tahun 1947. Tetapi era pemerintahan Zia Ul Haq pada tahun 1977, Jamaat Al Islami tiba-tiba menjadi pendokong kuat proses Islamisasi yang cuba dilaksanakan oleh Zia ul Haq. Namun di saat-saat Maududi diperlukan oleh Zia ul Haq, beliau menemui Ilahi (1979).
[Sunting] Gagasan Menghadapi Cabaran Barat
Menurut penelitiannya ,reaksi umat Islam menghadapi era ketamadunan barat adalah sia-sia dan tidak menguntungkan Islam. Terdapat golongan berpendidikan barat yang terikut-ikut dengan gaya hidup barat.
Golongan yang konservatif pula hidup menyendiri untuk 'menyelamatkan aqidah' dan dan menutup pintu daripada menerima sebarang unsur asing sungguhpun mempunyai beberapa kebaikan.
Beliau sentiasa bersetentang dengan Muslim League, Muhammad Ali Jinnah dan lain-lain pemimpin yang dilihatnya cenderung kepada demokrasi barat.
Saranan beliau ialah bersikap kritis terhadap tamadun moden yang dibawa dari barat. Ini bererti setiap umat Islam mestilah mengambil unsur-unsur positif seperti sains dan teknologi, teknik pentadbiran dan berorganisasi. Apa juga dari barat (negara kafir dan orang kafir ) boleh diambil asalkan tidak menjejaskan aqidah seseorang.
Dalam mana-mana syarahan atau tulisannya, Maududi sering mendedahkan unsur-unsur pertentangan yang terdapat dalam tamadun barat. Lihat analisa Dr Abdul Rahman Haji Abdullah:
Tamadun Barat ditegakkan di atas asas-asas sekular, materialistik, rasionalisme, liberalisme dan sebagainya. Baginya, tujuan terakhir atau tujuan hidup manusia Barat adalah satu cara hidup keduniaan dan kebendaan belaka, dan di bawah pengaruh tamadun ini manusia menjadi mangsa manusia lain kerana dorongan naluri kehaiwanan. Jika tamadun ini diikuti, nescaya menggugat jiwa aqidah dan keimanan, yang nanti akan menyebabkan menjadi murtad .Sekiranya kita tidak sanggup mempertahankan sifat- sifat istimewa tamadun kita daripada tercekup oleh tamadun asing, maka lambat-laun bumi kita akan bertukar menjadi bumi asing.
[Sunting] Islam Total
Cara penyelesaian bagi umat Islam ialah mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan. Ini kerana terdapat pertentangan yang jelas antara Islam dan 'Jahiliah'. Baginya kehidupan Jahiliah ini pelbagai bentuk, ragam dan gaya, ada yang keseluruhan dan separuh-separuh.
Beliau menentang gerakan Tajdud dan menggesa rakyat terbanyak mengikut gerakan Tajdid. Tidak ada kompromi antara negara Islam dengan negara bukan Islam, antara muslim dengan kafir .
Gerakan Tajdid ialah usaha untuk menghidupkan semula Islam dalam bentuknya yang murni, serta menyusun semula corak hidup dan masyarakat dengan nilai dan prinsip-prinsip Islam.
Sedangkan Tajdud menekankan kepentingan kebendaan dan keduniaan , cuba berkompromi dengan semangat dan bentuk-bentuk Jahiliah semasa, serta mengambil nilai-nilai, prinsip dan sikap masyarakat bukan Islam, tetapi cuba mempertahankan wajah Islam dengan menggunakan istilah-istilah Islam untuk mengharuskan unsur-unsur pinjaman tersebut.
Bagi menjayakan gerakan Tajdid, ia memerlukan mujahid tulen. Para mujahid ini perlu memahami masalah-masalah masakini dan mampu melakukan ijtihad. Kualiti umat Islam amat diperlukan bagi membina sebuah negara Darul Falah.
[Sunting] Reformasi Politik
Jamaat-i Islami merupakan gerakan fundamentalis di benua kecil India yang menuntut Darul Falah Islam daripada kuasa British. Setelah Pakistan merdeka, Jamaat menuntut masyarakat kembali kepada sumber al Quran dan hadis. Markas Jamaat-i Islami terpaksa dipindahkan dari Pathankot ke Lahore bagi disesuaikan dengan iklim politik ketika itu.
Melalui Islami Jamiat Tullabae , Jamaat berjaya 'mengislamkan semula' golongan terpelajar Pakistan. Kejayaan 'mengislamkan semula' golongan terpelajar ini membolehkan mereka turut serta dalam 'A Renaissance movement in Islam '
Banyak sekali gagasan yang diutarakan oleh genius Maududi. Baginya, kedaulatan manusia (rakyat) tidak ada , yang ada hanya kedaulatan Allah. Dialah yang mesti ditaati secara tunggal dan mutlak dalam segala bentuk hukuman, undang-undang dan peraturan-peraturan . Ini bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi yang dibawa, dicanang dan dipaksakan oleh barat. Ia juga bertentangan dengan pemerintahan yang didominasi oleh kaum 'ulama'.
Teori politiknya ini mendapat dokongan kuat dari Sayid Quth tetapi mendapat tentangan hebat dari kerajaan dan ulama kontemporari ketika itu.
Beliau tidak pernah jemu mengkritik kerajaan Pakistan yang tidak menjalankan peraturan dan kaedah-kaedah hidup Islam secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara beberapa kali .
[Sunting] Penentangan
Setiap gerakan politik atau berbau politik pasti akan menerima tentangan. Tokoh penting yang bertindak keluar dari Jamaat al Islami ialah Manzur Numani dan Abul Hassan al-Nadwi. Abul Hassan al-Nadwi berpendapat Rasulullah mengamalkan tauhid Ubudiyah dan tidak tauhid Rububiyah.
Sedangkan Maududi menyatakan:
Mestilah diterima hukuman dan peraturan-Nya dalam urusan kehidupan. Jadi yang dikatakan syirik itu bukan semata-mata kerana menyembah yang lain daripada Allah, tetapi juga dengan mengikuti peraturan yang lain daripada yang diturunkan-Nya.
Maududi amat mementingkan kualiti. Lantaran itu Jamaat Islami tewas tiga kali dalam pilihanraya umum di Pakistan . Ini kerana idealismenya hanyak didokong oleh golongan intelek, tetapi golongan marhaen gagal memahami sepenuhnya perjuangan Jamaat.
Jamaat tersilap perhitungan dengan menjangkakan selepas Pakistan merdeka, Jamaat dengan mudah menguasai politik. Sebaliknya mereka tidak sedar mengenai perubahan yang telah terjadi setelah merdeka bahawa ada kekuatan lain selain Muslim League : askar, pegawai pentadbiran awam, tuan-tuan tanah, tuan-tuan empunya kilang yang masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
Tetapi Jamaat percaya bahawa kalau Muslim League dapat diatasi ia dapat beroleh kekuasaan sebagaimana Muslim League telah dapat mengambil kekuasaan dari orangg Ingggeris.
Sungguhpun dalam tulisan-tulisan Maududi menyatakan demokrasi bukan cara mencapai perubahan Islam, tetapi Jamaat terpaksa mengikut arus demokrasi dengan menyertai pilihanraya. Sememangnya Jamaat tidak berupaya untuk menang dalam ketiga-tiga pilihanraya tersebut.