Kumpulan In-Team
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan In-Team merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid.
Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998. Hijjaz yang menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis persembahan nasyid tertarik dengan persembahan, bakat dan kebolehan kumpulan ini.
Kumpulan In-Team terdiri daripada 4 orang anggota :-
Jadual isi kandungan |
[Sunting] (1998-2006)
- Mohd Syahril bin Abdul Khalid
- Mohd Suhaimi bin Saad
- Muhammad Hazamin bin Harun
- Abdul Rahim bin Osman
[Sunting] (2007)
[Sunting] Album
Album-album kumpulan In-Team mengikut turutan:
- Kasih Kekasih(terjual 80,000 unit)
- Impian Kasih(terjual 50,000 unit)
- Damba Kasih(terjual 50,000 unit)
- In-Team '04
- Tiada Lagi Kasih
Album-album kompilasi lagu-lagu In-Team dan album lain yang melibatkan In-Team:
- Semulia Ramadhan Seindah Lebaran
- Nur Kasih
- Kalimah Cinta
- Habibullah
- Sirah Junjungan
- Junjungan Mulia
- Nur Kasih Vol. 2
- Kalimah Cinta Vol. 2
- Nasyid No 1
[Sunting] Pencapaian
Kumpulan in-team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain. Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit. Mereka juga telah menubuhkan syarikat In Team Edutainment, (Kini Inteam Records Sdn Bhd) iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Kini syarikat itu telah menerbitkan album baru Inteam iaitu Tiada Lagi Kasih sebagai produk Inteam yang pertama dibawah pengurusan baru.
Inteam (dahulunya In-Team) mengorak langkah semakin lebar setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Records. Album baru ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.