Kumpulan Kopratasa
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan Kopratasa merupakan satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Kopratasa mempunyai 3 orang anggota.Menampilkan lagu-lagu berunsur puisi, rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Banyak dipengaruhi oleh muzik Kembara pimpinan M Nasir di awal penglibatan mereka kerana mereka sama-sama memperjuangkan irama yang sama. Ramai sasterawan dan penggiat seni tanahair yang menyumbangkan karya mereka kepada Kopratasa antaranya Datuk A Samad Said, Allahyarham Dato' Usman Awang, Allahyarham J M Aziz, Allahyarham Abdul Aziz HM. Bukan sahaja aktif sebagai penyanyi, tetapi juga dikenali sebagai pelukis, pelakon drama , filem dan teater dan juga pendekron sajak dimana sahaja ada acara seni di Malaysia terutamanya di universiti tempatan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Ahli
- Sani Sudin
- Usop @ Mohd Yusof Ahmad
- Siso @ Syed Indera Syed Omar
Kumpulan Kopratasa ditubuhkan pada 1985. Sani Sudin dan Usop juga pernah menghasilkan album solo. Album terbaru Mulia dikeluarkan oleh Matahati/Luncai Emas Sdn Bhd, penerbit Ruhil Amani edaran FMC. Mulia juga dibantu oleh M. Nasir pemilik Luncai Emas.
[Sunting] Album
- Keringat Dalam Pasrah (1987 pertama) Dihasilkan oleh M. Nasir
- Kunci (1988)
- Episod 3 (1989)
- Sesetia Malam (1996)
- Hikmat (1997)
- Antologi (1998).
- Mulia
- Kopratasa Masih Bertiga...Tetap Berbisa (2006)
[Sunting] Lagu-lagu
- Masihkah Kau Ingat, (Keringat Dalam Pasrah) karangan Sani Sudin.
- Permata "Buat Isteriku" (Sesetia Malam).
- Dondang Mustika (Antologi)
- Mulia (Mulia) (M. Nasir/Usop)
- Di Dalam Dalam (Mulia) (M. Nasir/Sani Sudin)
- Dara, Bunga Dan Bulan (Mulia)(M. Nasir/Loloq).
- Berkolek dan bersajak(Mulia)(JM Aziz)
- Akhir Disember
- Tetamu Senja
- Teluk Bidara
[Sunting] Pencapaian
Lagu Dondang Mustika tersenarai dalam senarai akhir Juara Lagu 2000 TV3 dalam kategori Irama Malaysia.
Kopratasa 2006 - Bernaung dibawah sebuah syarikat baru, Alpha Media Network. Pelancaran albun yang mengandungi lagu-lagu lama dan 3 buah lagu baru di jangka pada sekitar bulan Mac.
Album Baru Kopratasa, KOPRATASA MASIH BERTIGA...TETAP BERBISA, telah pun berada di pasaran sejak April 2006, diedarkan oleh Insitech Musicland, 3 lagu baru dimuatkan iaitu Gadis Penjual Bunga, Pengembara dan Sakti.
Album ini diedarkan oleh syarikat baru, Alpha Media Network S/B, beralamat di No.17-1 & 17-2, Wisma Alpha, Jalan 1/76, Desa Pandan, Off Jalan Kampong Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Telefon No.: 603- 9200 2496 / Fax No.: 603- 9200 1876