Kumpulan OAG
Dari Wikipedia bahasa Melayu
OAG | ||
---|---|---|
Latar belakang | ||
Genre | Rock alternatif | |
Laman web | [1] |
Kumpulan OAG (juga ditaip sebagai O@G) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang terdiri daripada tiga orang anggota. Kumpulan ini dikenali umum sebagai peneraju muzik rock alternatif Malaysia. Senarai anggotanya adalah:
- (Radhi) Mohd. Radhi bin Razali
- Nazarudin (Naza)
- Alim
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
OAG ditubuhkan pada tahun 1992. Pada ketika itu kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli, iaitu Radhi (vokal dan gitar), Chi (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass).
Pada tahun 1994, OAG menghasilkan sebuah rakaman demonstrasi dan mengirimkannya kepada Paul Moss, yang ketika itu merupakan seorang penerbit di syarikat rakaman Positive Tone. Beliau yang tertarik dengan kebolehan kumpulan tersebut terus mendaftarkan mereka di bawah syarikat tersebut.
Pada tahun 1995, Lam dan Ivan meninggalkan OAG atas sebab melanjutkan pelajaran. Mereka diganti pula oleh Adin (gitar) dan Edmund (bass).
Kejayaan OAG terbukti apabila mereka memenangi anugerah Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1996. Video klip 60's TV juga dicalonkan sebagai Video Klip Terbaik. Klip tersebut pernah berada di tangga keempat selama enam bulan berturut-turut dalam rancangan Chart Show's Best yang ditayangkan di Metro Vision pada tahun 1996.
[Sunting] Album-album
- Old Automatic Garbage (1994)
- Opera Radhi-o Friendly (2002)
- Satelit Ink (2003)
- OrAnG
[Sunting] Lagu-lagu
- Akustatik
- Konspirasi Bising Internasional
- Now-why-two
- 60's tv
- Beautifool
- Biru
- Fantasism
- For Whatever
- Horrible Adorable
- Knocked Silly
- Mutiara
- NowWhy2
- Jiwa-Jiwa
- Slumber
- The Crush
- Venusia
- Yuppie
- Akustatik
[Sunting] Lihat juga
- Radhi (OAG)