Kumpulan Pretty Ugly
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan Pretty Ugly merupakan satu kumpulan penyanyi yang bernaung di bawah KRU Records dianggotai empat jejaka rugged dan 'sempoi' iaitu:
- (Neves) Raizan bin Zainal Abidin Penyanyi
- (Net) Nik Muhd Histami bin Nik Mohd Din Pemain dram
- (J) Mohd Raziz bin Zainal Abidin Pemain gitar
- (Ashraf) Muhammad Ashraf B. Aasimuddin Pemain gitar bass
Kumpulan PrettyUgly pada mulanya berasal daripada kumpulan Seven yang aktif semenjak 1997.
Apabila kumpulan Seven menandatangani kontrak dengan KRU Records, nama kumpulan Seven ditukar kepada kumpulan PrettyUgly disebabkan pada ketika itu kumpulan Sheila On 7 sedang popular. Untuk mengelakkan dituduh menumpang kemashyuran kumpulan Sheila On 7, nama kumpulan Seven ditukar kepada kumpulan PrettyUgly.
Kumpulan Pretty Ugly ini mengetengahkan muzik baru berkonsepkan Psychedelic Rock (gabungan muzik komersial dan underground). Terdahulu, kumpulan ini adalah dua kumpulan yang bergabung menjadi satu dan aktif memperjuangkan muzik underground.
Menurut vokalis kumpulan Kumpulan Pretty Ugly, Neves, lirik lagu 'Encik Ronald Moore' menjadi simbol kekuatan Preety Ugly kerana belum ada lagi muzik dan lirik sebegitu dibawakan artis solo atau berkumpulan tempatan. Album penuh kumpulan ini telah pun dikeluarkan iaitu pada Jun lalu. Antara lagunya, Rontak, Bingung, Superstar, Versi, Lima dan Bukti.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Laman WEB
[Sunting] Saluran Hubungan
Sebarang pertanyaan/jemputan untuk show atau sb, sila hubungi atau email kepada ;
Pengurus : Shazalli Rashid (ZALLI) - 017 6619661
Email Add : dtwoentertainment@yahoo.com
[Sunting] Album
- AbstrakVersiFantasi (2001)
- Transformasi ke Stereo (11 Jun 2003) di bawah label Big Bang.
- Mengandungi10 trak termasuk:-
- 1. Analogi Berdialog
- 2. En Ronald Moore
- 3. Superstar
- 4.Bidadari
- 5. CD Bagasi Honey
- 6. single, Francis Ford Coppola & c.k. - lagu untuk filem Cinta Kolestrol *Single pertama.
[Sunting] Lagu-lagu
- Rontak
- Bingung
- Superstar
- Versi
- Bukti
- En Ronald Moore*
- CD Bagasi Honey*
- Bukti*
- Protokol*
- 5*
- Analogi Berdialog*
- Panggil Namaku*
- Bidadari
- Diari Seorang Lelaki (ada versi akustik)