Kumpulan XPDC
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan XPDC merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Senarai anggota asalnya adalah :-
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Ahli
[Sunting] XPDC 1987 - 1994
- Mael - Vokal
- Izo - Lead Guitar
- Zua - Bass Guitar
- Lee Space - Drummer / Amy - Drummer
[Sunting] XPDC 1994 - 2005
- Ali - Vokal
- Izo - Lead Guitar
- Zua - Bass Guitar / Yan (Lefthanded) - Bass Guitar
- Amy - Drummer / Lola (Kamikaze) - Drummer / Pae (Barongan) - Drummer
[Sunting] REUNION XPDC - 2006
- Mael - Vokal
- Izo - Lead Guitar
- Zua - Bass Guitar
- Amy - Drummer
[Sunting] Sejarah
[Sunting] Awal penubuhan
Kumpulan XPDC lahir dari perpecahan kumpulan TRAGEDY. Kumpulan TRAGEDY merupakan nama asal kumpulan XPDC.
Kumpulan TRAGEDY hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zua. Nama kumpulan TRAGEDY kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Untuk pengetahuan, pencipta lagu J.S.Kevin telah kembali kerahmatullah pada 08/08/2003. Sedikit sebanyak XPDC kehilangan lagu-lagu hebat ciptaan J.S.Kevin.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi TERRA ROSSA). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!). Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Kumpulan SEARCH kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas drummer BARONGAN.)
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan kumpulan VIPER. Yan LEFTHANDED menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album 'Kita Peng-Yu'.
[Sunting] 2006
Tahun 2006 pula menyaksikan Ali disingkirkan oleh Izo selaku ketua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyian Ali. Beliau merasakan Ali tidak sesuai lagi dengan muzik XPDC. Tetapi yang menjadi persoalan, mengapa setelah bertahun Ali menjadi penyanyi XPDC, baru kini Izo menyatakan Ali tidak sesuai dengan XPDC. Ali kini menubuhkan pula kumpulan sendiri bernama M'PIRE.
Sejak 2006, XPDC membuat 're-union' yang menampilkan anggota-anggota lama. Album baru mereka dalam proses penerbitan dan dijangka keluar pada bulan April 2007. Sesuatu yang dinanti oleh peminat sekian lama, setelah XPDC semakin kehilangan originalitinya. Original XPDC adalah Mael, Izo, Zua dan Amy.
[Sunting] Album
XPDC (Vokal Mael)
- Darjah 1 (1989)
- Timurbarat (1990)
- Kita Peng-Yu (1993) - The Greatest Album!
- Brutal (1994)
XPDC (Vokal Ali)
- Samurai (1999)
- UN'METAL (2000)
- UN'METAL II (2003)
- V6 (2002)
- MdLey RUGGED (2005)
[Sunting] Lagu-lagu Hits (Mael)
- C.I.N.T.A.
- Aku Dan Sesuatu
- Bukan Milik Aku
- C.T. Cinta Kenangan Silam
- Cekal
- Bahalol
- Ntahapahapantah
- Titian Perjalanan
- Impian Seroja
- Hijau Bumi Tuhan
- Nafisa
- Lagu Dari Aku
- Hentian Ini
- Semangat Yang Hilang
- Tak Nak Jadi Soh Chai
- Senapang Patah
- Aku Masih Di Sini
- Apa Nak Dikata
- Hidup Bersama
- Sedekah (Mael 'sedekah'kan lagu ini untuk XPDC)
[Sunting] Lagu-lagu (Ali)
- Langsung Tak Faham
- Teman
- Semangat Perjuangan Harmoni
- Berdesup Cahaya
- Sakinah
- Kaca
- Monggol Dah Pulang
- Hujan Airmata (Simpati Bumi Palestin)