La Usurpadora
Dari Wikipedia bahasa Melayu
La Usurpadora | |
---|---|
Genre | Drama |
Selang Masa | 40-50 minit |
Penerbit | Salvador Mejía |
Pengarah | Beatriz Sheridan Karina Duprez |
Dibintangi | Gabriela Spanic Fernando Colunga Chantal Andere |
Negara Asal | Mexico |
Penyiar Asal | Televisa |
Penyiar Malaysia | ntv7 |
Tempoh Penyiaran | 5 Jun - 29 Oktober 2001 26 Mei 2002 (Más Allá de La Usurpadora) |
Bilangan Episod | 102 + 1 |
La Usurpadora merupakan salah satu telenovela Mexico yang mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia malah mengalahkan drama TV terbitan Hollywood di Amerika Syarikat. Telenovela ini diterbitkan dan disiarkan di Televisa pada tahun 1998 dan menaikkan nama Gabriela Spanic sebaris dengan pelakon Mexico yang lain termasuk bintang drama TV Mexico Maria Mercedes iaitu Thalia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
La usurpadora menceritakan kisah antara dua adik beradik kembar. Paulina Martinez merupakan perempuan miskin yang baik hati yang tinggal di Cancún bersama ibunya yang sedang melarat sakit. Paola pula merupakan seorang isteri jejaka ahli perniagaan yang tampan dan dan ibu tiri kepada anak-anaknya. Paola mempunyai cita-cita tinggi dan meminati kemewahan serta keseronokan malah melindungi kezaliman dan kepura-puraannya di balk kecantikan yang dimilikinya.
Pertemuan kali pertama Paola dan Paulina membuatkan Paola terfikir untuk menyuruh Paulina mengambil alih tempatnya di rumah sementara dia berfoya-foya. Walau bagaimanapun, Paulina menolak yang membuatkan Paola terdesak untuk membuat perancangan untuk memerangkapnya. Pada suatu malam, Paola memasukkan barang kemasnya ke dalam beg Paulina dan menuduhnya mencuri. Gara-gara itu, Paulina diberhentikan kerja dan dibawa ke muka pengadilan tetapi Paola mengambil alih untuk meneruskan rancangannya dengan mengugut Paulina sama ada menurut perintahnya atau dimasukkan ke dalam penjara. Paulilna terpaksa akur kehendak Paola dan dia mempelajari segala-galanya tentang Paola sebelum pergi menyamar di rumah keluarga Bracho.
Paulina hanya pergi buat sementaratetapi dia mendapati Paola amat dibenci oleh ahli keluarganya sendiri. Kehadiran Paola membuatkan orang sekelilingnya syak dan mula berubah pendangan tentang "Paola yang baru". Kehadiran 'Paola baru' yang bertentangan dengan sikap Paola malah membantu nenek Piedad pulih dari ketagihan arak yang disebabkan 'Paola lama' membuatkan nenek Piedad yakin 'Paola yang baru' itu bukanlah Paola yang dikenali sebelum itu. Identiti Paulina hampir diketahui malah dia berjaya melarikan diri dari rumah keluarga Bracho sebaik sahaja nenek Piedad mengetahui yang dia bukanlah Paola yang dikenalinya.
Konflik cerita ini berterusan apabila Paola dan Paulina keluar masuk rumah Bracho dan Paola meneruskan penipuan dan helahnya terhadap keluarga Bracho hinggakan kes mereka dibawa ke muka pengadilan dan Paulina dipenjarakan. Paulina yang telah memiliki segala yang Paola kecapi dahulu seperti kasih sayang dan kepercayaan keluarga Bracho membuatkan Paola marah dan berdendam dengannya. Walau bagaimanapun, Paulina tidak ingin semua itu memandangkan dia telahpun mengetahui daripada ibunya yang Paola adalah kakak kembarnya yang hilang lalu membuatkannya serba salah untuk menerima layanana baik itu malah tidak langsung memarahi dan berdendam dengan Paola. Plot cerita dan konflik berlarutan dengan babak saspens dan merangkumi rempah kehidupan seperti kekeluargaan, cinta, harapan, permusuhan, dan banyak lagi. Seperti biasa, cerita ini membawa kepada penamatan yang bahagia setelah banyak kesukaran berlaku dan kecemburuan berleluasa.
[Sunting] Lagu Tema
Muzik bagi filem ini dilakukan oleh José Antonio 'Potro' Farías yang memberikan kesan kepada setiap babak. Lagu temanya pula bertajuk yang sama iaitu "La Usurpadora" dinyanyikan oleh Pandora. Lagu tersebutu sedikit sebanyak menceritakan kisah antara Paola dan Paulina dan keadaan ketika Paulina mula-mula menjadi 'ahli keluarga' Bracho.
La Usurpadora | Perampas | ||
Un día llegaré | Suatu hari kutiba | ||
Con un disfraz | Dengan samaran | ||
Distinto el color | Bezanya warna | ||
La misma faz | Wajah yang serupa | ||
Te desarmaré | Akan ku menundukkanmu | ||
Ni cuenta te darás | Walaupun dirimu tidak rela | ||
Para entregar te el corazón | Untuk menyerahkan hati | ||
Despacio te iré amando mas | Lambat laun, kau membuatkanku bercinta jua | ||
Y te cuidaré en el bien y el mal | Dan kau akan dijaga dalam baik dan buruk | ||
El cielo te daré | Syurgamu akan terurus | ||
Tu abrigo yo seré | Akan ku jadi pelindungmu | ||
A ti me entregaré | Lalu kumenyerah | ||
La usurpadora | Perampas | ||
Esperando por tu amor | Kudambakan kasihmu | ||
La usurpadora | Perampas | ||
Me haces daño corazón | Kumeruntunkan hati | ||
Descubre me | Kenali diriku | ||
Recuerda me | Ingatilah aku | ||
La usurpadora | Perampas | ||
Yo... | Itulah aku... |
[Sunting] Pelakon
|
[Sunting] Más Allá de La Usurpadora
Más Allá de La Usurpadora atau Lanjutan La Usurpadora merupakan sekuel mini tentang kehidupan Paulina setelah setahun menjadi isteri Carlos Daniel Bracho. Beliau telah dikurniakan cahaya mata yang bernama Paulita. Raquel pula digajikan untuk menjaga anak-anaknya tetapi Raquel mempunyai muslihat yang lain. Raquel ingin merampas Carlos Daniel Bracho daripada Paulina dengan apa cara sekalipun walaupun ingin membunuhnya. Lebih teruk lagi, Paulina didapati mengidap kanser yang menyebabkan hayatnya hanya tinggal kurang enam bulan sahaja lagi. Hal itu membuatkannya sedih lantas terus mencari penggantinya setelah dia tiada. Raquel menjadi pilihannya. Mendengar akan hal itu, Raquel menjadi teruja malah ingin menyebabkan kematian Paulina disegerakan dengan meracunnya.
Kisah ini memberikan penamatan yang gembira di mana keseluruhan keluarga Bracho kembali bersatu termasuk Estefania yang sudah kembali siuman. Paulina pula telah mengetahui yang dia tidak sakit kerana diagnosis kesihatannya telah tertukar dan dia sebenarnya didapati mengandung. Raquel yang ingin meracuni Paulina terkena jerat sendiri apabila dia meminum racun yang diletakkan di dalam gelas Paulina akibat dibuat main oleh Carlitos dan Lisette.
Kisah ini hanya mempunyai satu cerita mini yang tiada sambungan dan telah ditayangkan di Malaysia pada hari Sabtu, 26 Mei 2002.