La bohème
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Senarai opera Giacomo Puccini |
---|
Le Villi (1884) |
La bohème[1] ialah drama opera empat babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, ditulis bersama Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa, berdasarkan cerita Scènes de la vie de Bohème oleh Henri Murger.
Persembahan pertama La bohème dibuat di Teatro Regio (sekarang dikenali sebagai Teatro Regio Torino), di Turin, pada 1 Februari, 1896, di bawah pimpinan konduktor muzik yang muda Arturo Toscanini.
Pada tahun 1946, lima puluh tahun selepas persembahan pertama tersebut, Toscanini sekali lagi menjadi konduktor muzik untuk persembahan La bohème untuk rancangan di radio Amerika Syarikat. Persembahan itu kemudiannya dirakamkan di dalam rekod dan juga cakera padat. Rakaman tersebut merupakan satu-satunya rakaman kerjaseni Puccini yang dibuat oleh konduktor asal opera.
Ruggiero Leoncavallo, seorang penggubah Itali juga membuat drama opera yang menggunakan nama La bohème tetapi membuat libretonya sendiri. La bohème arahan Leoncavallo dipersembahkan buat pertamakali pada 1897, lebih menumpukan kepada hubungan Musetta dan Marcello berbanding dengan hubungan Mimì dan Rodolfo di dalam drama Puccini.
La bohème arahan Leoncavallo sudah hamper hilang masakini tetapi drama Puccini kekal sehingga kehari ini, malah menurut Opera Amerika, La bohème arahan Puccini adalah drama opera ke-2 yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara, hanya satu tangga kebawah selepas Madama Butterfly, yang juga hasil karya Puccini.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Peranan
Tayangan , Mac 19, 1896 (Pimpinan : Arturo Toscanini) |
||
---|---|---|
Rodolfo, seorang pemuisi | tenor | Evan Gorgo |
Mimì, tukang jahit | soprano | Cesira Ferrani |
Marcello, pelukis | bariton | Tieste Wilmant |
Schaunard, ahli muzik | bariton | Antonio Pini-Corsi |
Colline, ahli falsafah | bes | Michele Mazzara |
Musetta, penyanyi | soprano | Camilla Pasini |
Benoît, tuan tanah | bes | Alessandro Polonini |
Alcindoro, ahli canselor | bes | Alessandro Polonini |
Parpignol, penjual mainan | tenor | Dante Zucchi |
Polis berpangkat sarjan | bes | Felice Fogli |
Para pelajar, wanita-wanita berkerja, penduduk kawasan tersebut, tuan–tuan punya kedai, penjual jalanan,askar-askar,pelayan-pelayan,kanak-kanak |
[Sunting] Aria-aria terkenal
- "Che gelida manina" – (Rodolfo)
- "Sì, mi chiamano Mimì" – (Mimì)
- "O soave fanciulla" – (Rodolfo & Mimì)
- "Quando me'n vo soletta per la via" – (Musetta)
- "Donde lieta uscì al tuo grido d'amore" – (Mimì)
- "O Mimì, tu più non torni" – (Rodolfo & Marcello)
- "Vecchia zimarra" – (Colline)
- "Sono andati? Fingevo di dormire" – (Mimì)
[Sunting] Rujukan
- ↑ Tajuk diambil dari bahasa Perancis walaupun kesemua arianya dinyanyikan di dalam bahasa Itali, sebutan IPA: [labɔɛm] merujuk kepada cara hidup orang bohemia dari negara Republik Czechoslovakia.
[Sunting] Pautan luar
- Plot opera diambil dari The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921.
- Rakaman La bohème oleh Puccini
- Rakaman La bohème
- Libreto Libretto La bohème dalam bahasa Itali
- Scènes de la vie de bohème on Gutenberg.org
- Biblografi
- Senarai persembahan dari Operabase.com
- Skor penuh dan nota piano