Lagu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal (biasanya diiringi dengan alat muzik) untuk menghasilkan gubahan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan (mengandung irama). Dan ragam nada atau suara yang berirama disebut juga dengan lagu.
Lagu boleh dinyakikan oleh secara solo, berdua (duet), bertiga (trio) atau dalam beramai-ramai (koir). Perkataan lagu biasanya berbentuk puisi berirama, namun ada juga yang bersifat keagamaan ataupun prosa bebas. Lagu boleh dikategorikan kepada banyak jenis, bergantung kepada ukuran yang digunakan.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |