Lim Chong Eu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tun Dr. Lim Chong Eu (lahir 28 Mei 1919) merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Dilahirkan di Pulau Pinang, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh dan mendapat ijazah kedoktoran pada 1944.
Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
[Sunting] Politik
Pada 1958 ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lock, dan menang dengan majoriti 22 undi.
Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan Tunku Abdul Rahman.
Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.
Kemudian pada Disember 1960, beliau meninggalkan MCA dan menubuhkan Parti Gerakan pada 1969.
Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969 hingga 1990.
[Sunting] Bersara
Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.
[Sunting] Rujukan
Penyandang Terdahulu | Presiden MCA Mac 1958 – Julai 1959 |
Penyandang Kemudian |
Tun Tan Cheng Lock |
Dr. Cheah Toon Lok |
Penyandang Terdahulu | Presiden Gerakan Mei 1968 – Ogos 1980 |
Penyandang Kemudian |
Yang Pertama |
Dato' Seri Lim Keng Yaik |