Linggi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Linggi adalah sebenarnya nama sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua satu mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.
Kini, Linggi adalah sebuah kawasan dalam daerah Port Dickson meliputi tempat-tempat seperti Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Telok Kemang.
- Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi ialah Tuan Haji Ismail bin Taib.