Lucy Pevensie
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Lucy Pevensie merupakan watak utama dalam Riwayat Narnia karangan C. S. Lewis. Menurut aturan masa Lewis, Lucy dilahirkan pada 1932. Beliau adalah adik bongsu dari empat adik-beradik Pevensie. Beliaulah juga watak pertama yang menemui Narnia melalui almari dalam Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari.
Dalam filem The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe 2005, watak Lucy ditampilkan oleh Georgie Henley manakala kakak Georgie, Rachael Henley melakonkan watak Permaisuri Lucy yang dewasa. Dalam siri TV BBC 1988 pula, watak Lucy Pevensie dilakonkan oleh Sophie Wilcox.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
[Sunting] Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari
Abang dan kakak Lucy, Peter, Susan, dan Edmund pada mulanya tidak percayakannya tentang kewujudan Narnia. Tetapi kemudian mereka semua menemuinya. Dalam kisah yang pertama, Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, dialah Pevensie yang pertama memasuki Narnia melalui almari ajaib kepunyaan Profesor Digory dan melihat Narnia ketika Musim Sejuk Seratus Tahun di bawah kekuasaan Jadis si Penyihir Putih, Ratu Narnia. Di sana, dia berjumpa dengan Encik Tumnus si Faun dan, kemudian, pasangan Memerang. Ketika dalam perjalanan untuk menemui Aslan, dia bersama-sama abang dan kakaknya terjumpa dengan Bapa Krismas dan Lucy dihadiahkan belati kecil untuk mempertahankan diri jika perlu dan kordial ajaib yang mampu menyembuh.
Lucy dan kakaknya, Susan telah menyaksikan Aslan dikorbankan dan hidup semula di Meja Batu. Setelah Perang Beruna tamat, Lucy ditabalkan di Cair Paravel, menjadi Tuanku Permaisuri Lucy yang Berani oleh Aslan bersama adik-beradiknya yang lain lalu memenuhi ramalan kuno Narnia dan menandakan berakhirnya pemerintahan Penyihir Putih.
[Sunting] Kuda dan Budaknya
Dalam kisah Kuda dan Budaknya Lucy, muncul sebagai watak kecil dan memegang watak Permaisuri Lucy. Perwatakan Lucy kali ini sebagai perempuan muda yang menunggang ke Archenland untuk memberikan bantuan untuk menghalang kemaraan askar Calormen. Lucy digambarkan oleh Putera Corin sebagai lebih ganas (tomboy) berbanding kakaknya Susan yang lebih santun.
[Sunting] Putera Caspian
Lucy mengembara ke Narnia sekali lagi bersama dengan adik-beradiknya yang lain dalam Putera Caspian. Dalam kisah itu, Lucylah yang dapat melihat Aslan pada mulanya dan dia mengalami masa yang sukar untuk membuatkan abang dan kakaknya percayakan katanya seperti juga buku yang pertama. Dalam kesedihan, Lucy diberitahu Aslan untuk terus mencuba dan jika yang lain tetap tidak mahu mendengarnya, dia akan mengikut Aslan seorang diri.
Lucy turut mengatakan yang Aslan kelihatan lebih bedar. Aslan menjawab yang dia muncul lebih besar kerana Lucy sedang menigkat usia dan kebolehannya untuk mengenali Aslan adalah lebih lagi.
[Sunting] Pelayaran Pengembara Subuh
Ketika Susan mengikut ibu bapanya ke Amerika dan Peter sedang belajar dengan Profesor Digory Kirke, Lucy, Edmund dan sepupu mereka Eustace ditarik ke Narnia melalui lukisan ajaib dalam Pelayaran Pengembara Subuh. Dalam buku ini, banyak kisah diceritaka melalui sudut pandangannya. Banyak kisah tentang Lucy dapat diketahui apabila Lucy ditugaskan khas untuk menemui ahli sihir dan menemui buku sihir. Walau bagaimanapun, pada penghujung buku ini, Aslan memberitahu yang dia sepertimana Susan, sudah terlalu tua untuk mengalami pengembaraan di Narnia dan dia tidak akan ke sana lagi.
[Sunting] Pertarungan Terakhir
Dalam Pertarungan Terakhir, Lucy memainkan peranan kecil apabila dia pulang ke Narnia setelah kematiannya dalam kemalangan kereta api bersama abangnya Raja Tertinggi Peter dan Raja Edmund; Tuan Besar Digory, Puan Besar Polly, Eustace dan Jill. Di sana, dia bersama-sama menyaksikan kemusnahan Narnia dan tinggal di Narnia yang baru ciptaan Aslan yang turut bersama-sama hidup bahagia dengan semua manusia dan haiwan yang pernah dijumpainya di Narnia. Di sana juga dia menemui sekalia lagi kawan baiknya, Encik Tumnus si Faun dan kali ini, barulah dia mengetahui tentang kemalangan kereta api yang berlaku di England yang menyebabkan dia, abang-abangnya dan ibu bapanya mati. Adik-beradik Pevensie tinggal di Narnia baru selama-lamanya.
[Sunting] Ulasan
Lucy boleh dilambangkan sebagai kebaikan semula jadi manusia. Dalam Putera Caspian, kebolehan Lucy melihat Aslan sedangkan yang lain tidak menunjukkan kepercayaannya yang kuat. Dalam bahagian yang terakhir, ketika dia berada di Narnia baru, "Dia menelan semuanya lebih dari yang lain. Dia terlalu gembira untuk berkata-kata.". Ini disebabkan pengembaraannya di Narnia terlau banyak dan perasaannya ketika di Narnia yang baru setelah mati sukar diungkapkan dengan kata-kata.
[Sunting] Lihat juga
- Watak Narnia
Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis Dunia Narnia |
|||
Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum |
|||
Watak | Makhluk | Tempat |