Majlis Perbandaran Sepang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang merangkumi Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang merupakan lapangan terbang terbesar di Asia. Selain daripada itu, Bandar Bistari yang dikenali sebagai Bandar Cyberjaya, Airport City, Cybervillage, Bio Valley dan Hi Tech Park juga terletak di dalam kawasan Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan projek nasional Negara. Litar Formula 1 Sepang adalah litar unggul, terkemuka dan bertaraf antarabangsa yang juga terletak di Perbandaran Sepang di samping berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.