Mohamad Nazri bin Abdul Aziz
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz merupakan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menyelia hal Parlimen. Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen, dan adalah daripada parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada tahun 2005, beliau terbabit dalam kontroversi mengenai kelakuannya dalam Parlimen. Beliau menjerit perkataan Bahasa Inggeris "Bloody racist" (sesuatu penghinaan) 28 kali terhadap seorang Timbalan Menteri daripada Kongres India Malaysia (MIC) — sebuah rakan UMNO dalam kumpulan Barisan Nasional — dalam perbahasan mengenai tindakan Majlis Perubatan Malaysia yang tidak lagi menerima ijazah daripada Universiti Perubatan Negeri Crimea (Crimea State Medical University atau CSMU).
[Sunting] Alamat surat menyurat. (2004)
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
Malaysia
E-mel : mohamednazri@pmo.gov.my
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Senarai Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen Malaysia (2004)