Mohamad bin Haji Hassan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan (Lahir 2 Mei 1956), merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. Memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004)
Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 25 Mac 2004 – Sekarang |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Isa Abdul Samad | Tiada |