Muawiyah bin Yazid
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Muawiyah bin Yazid atau Muawiyah II (661-684) ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah hanya selama emapt bulan selepas kematian ayahnya Yazid I. Empayar yang diwarisinya berada dalam keadaan bergolak selepas Abdullah bin Zubayr melantik dirinya sebagai khalifah dan menguasai daerah Hijaz di samping daerah-daerah yang lain.
Muawiyah II dianggap sebagai seorang yang baik hati dan tidak menunjukkan minat dalam politik. Dia kemudiannya wafat tidak lama selepas itu. Ada pendapat mengatakan bahawa dia diracun. Saudaranya, Marwan I mewarisi takhta kerajaan.